[PERSPEKTIF] ROBIN VAN PERSIE PENJARING GOL SEMULAJADI – WALCOTT

Theo Walcott yakin yang rakan sepasukan di Arsenal, Robin van Persie adalah penjaring gol terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris Barclays musim ini. Penyerang Arsenal kelahiran Belanda itu telah menunjukkan prestasi yang hebat musim ini dengan sumbangannya telah mendorong pasukan The Gunners dalam usaha untuk kelayakan Liga Juara-Juara dengan 33 gol dalam 38 perlawanan.

Walaupun telah bermain hampir-hampir setiap perlawanan untuk pasukannya, Robin van Persie masih belum mengalami kecederaan musim ini – sesuatu yang berbeza dengan pengalaman beberapa tahun lalu di mana pemain Belanda itu tidak serta dua bulan terakhir musim lalu dan lima bulan musim seterusnya. Tetapi kini pemain yang berusia 28 tahun itu kelihatan cergas sepenuhnya dan telah melupakan masalahnya.

Walcott berkata : “Apabila saya berada di katil rawatan bersamanya beberapa tahun lalu, ia amat mengecewakan untuk melihat bakat beliau disia-siakan.”

“Dia telah memberi segala-galanya dan akan menjaringkannya – biarpun kaki kiri, kanan, serta telah menjaringkan gol dari tandukan.”

“Dia membuat jaringannya kelihatan amat senang tetapi ia tidak begitu.”

“Wayne Rooney masih beberapa gol di belakangnya dan dia telah melalui musim yang baik. Ia membuktikan betapa handalnya Robin van Persie.”

Walaupun telah menghadapi kutukan para penyokong musim ini, pemain sayap itu telah menunjukkan prestasi yang baik kebelakangan ini dan merupakan pemain terbaik perlawanan ketika Arsenal menang ke atas Newcastle apabila jaringan gol Robin van Persie menyamakan kedudukan hasil gol pembukaan Hatem Ben Arfa sebelum mereka satu lagi gol Arsenal menerusi Thomas Vermaelen pada minit ke-95.

Theo Walcott masih belum menandatangani kontrak baru bersama Robin van Persie dan telah berkata:

“Saya lebih suka menunjukkan kebolehan di padang sebelum berunding. Saya lebih suka memberi peluang kepada ejen saya untuk menandatanganinya.”

“Ini mungkin tahun kedua yang Robin dan saya dapat bermain bersama dan saya berharap dapat meneruskannya.”

“Itu amat baik untuk saya dan apa yang penting adalah mencipta ruang untuk Robin van Persie menjaringkan gol dari saya. Jika dia menikmati apa yang saya cuba mencapai, itu yang penting.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply