[PERSPEKTIF] PEMAIN MUDA ARSENAL PERLUKAN PEMAIN BERPENGALAMAN – ROSICKY

Tomas Rosicky membalas kepercayaan yang diberikan oleh pengurusan Arsenal selepas menerima kontrak baru dua tahun walaupun sudah berumur 31 tahun dengan menampilkan persembahan yang mantap dan bertenaga sejak pertengahan Februari lalu. Kapten skuad kebangsaan Republik Czech ini berpendapat bahawa pemain muda Arsenal memerlukan bimbingan pemain berpengalaman sepertinya untuk lebih tenang dalam menghadapi situasi permainan yang mencabar.

Sebelum ini, Arsene Wenger meletakkan polisi di mana menawarkan kontrak lanjutan setahun untuk pemain yang berusia 30 tahun ke atas.

Tomas Rosicky berkata : “Arsenal memiliki ramai pemain muda yang memerlukan pemain berpengalaman seperti saya untuk terus berkembang.”

“Bagi saya, sesuatu yang menyeronokan apabila beraksi dengan pemain-pemain muda yang membuatkan saya berasa seperti muda kembali.”

 “Apabila anda melaluinya semasa karier kamu dan keadaan sukar, anda tahu bagaimana cara untuk menghadapinya.”

“Kadang-kadang kejayaan nampak semakin hampir untuk digapai seperti yang anda fikirkan. Namun apabila anda melalui pengalaman yang buruk menyebabkan masa depan kamu terjejas.”

“Ia sesuatu yang sukar tetapi kami cuba untuk tidak terjejas dan berjuang untuk menghadapinya.”

Musim lalu, prestasi Arsenal merudum selepas tewas di perlawanan akhir Piala Carling tetapi musim ini pemain menunjukkan peningkatan selepas melalui episod mengecewakan pada pertengahan Februari lalu dengan mencatatkan tujuh kemenangan berturut-turut sekali berjaya membawa melonjak Arsenal ke kedudukan ke-3 Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Tomas Rosicky berjaya menampilkan aksi yang mantap dan konsisten untuk dicontohi oleh pemain-pemain muda dan Arsene Wenger kini tampak seakan-akan bersetuju bahawa Arsenal tidak boleh memenangi sebarang kejuaraan dengan hanya membariskan pemain-pemain muda.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply