[PERSPEKTIF] KEYAKINAN KUNCI KEBANGKITAN ARSENAL – NIGEL WINTERBURN

Nigel Winterburn berkata keyakinan adalah elemen penting bagi mana-mana pasukan untuk berjaya dan ia merupakan satu perbezaan besar kepada skuad Arsenal kini. Skuad bimbingan Arsene Wenger ini berjaya memenangi tujuh perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris sekaligus berjaya melonjak ke tangga ketiga. Winterburn turut yakin bahawa Arsenal akan bersaing dengan lebih kompetatif untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim hadapan.

Bekas pemain bek kiri Arsenal ini sudah tidak asing dengan kejayaan bersama Arsenal setelah merangkul tiga kejuaraan liga, dua Piala FA dan satu Piala Liga serta satu Piala Eropah UEFA sepanjang kerjaya 13 tahun di Highbury turut meluahkan perasaan kagumnya terhadap kebangkitan yang dipamerkan oleh barisan-barisan pemain Arsenal.

“Keyakinan memainkan peranan yang besar apabila anda berada dilandasan terbaik,” katanya kepada Arsenal.com.

“Anda tidak akan terfikir mengenai kekalahan meskipun anda sedang ketinggalan. Anda sentiasa percaya bahawa anda mampu untuk bangkit dan sekurang-kurangnya mengikat kedudukan.

“Saya fikir kadang-kadang sukar untuk penyokong memahami bahawa keyakinan sebahagian besar daripada mutu persembahan pemain. Anda memerlukan kekuatan mental sebagaimana yang ditampilkan oleh Arsenal kini. ”

“Selepas kekalahan kepada AC Milan lalu, keyakinan pemain-pemain Arsenal sangat rendah kerana menerima pelbagai kritikan yang teruk. Namun kini, mereka menunjukkan keinginan yang besar untuk mengecapi kedudukan posisi ketiga Liga Perdana Inggeris.

Segelintir penyokong berang dan kecewa pada permulaan musim ini kerana mereka ingin Arsenal mencabar kejuaraan. Namun kini, Arsenal berjaya meloloskan dari episod duka sekaligus memperbaiki pencapaian di tempat ketiga untuk merebut tiket kelayakan automatik ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu mengalami kemerosotan prestasi di awal musim lalu namun berjaya bangkit untuk menduduki tempat ketiga liga. Winterburn percaya Arsenal boleh menamatkan kempen liga pada musim akan datang dengan pencapaian yang lebih tinggi.

“Skuad Arsenal memiliki teras bakat yang baik dan jika mereka menambah satu atau dua lagi pemain berkelas dunia, saya rasa mereka akan menjadi lebih kuat pada musim hadapan,” kata Winterburn lagi.

Arsenal mengharungi tujuh tahun tanpa kejuaraan tetapi Winterburn menegaskan bahawa garis kejayaan dan kegagalan sudah terlalu dekat.

“Saya melihat beberapa tahun ini peminat bercakap mengenai berapa lagi kita harus menunggu tetapi saya lihat dua tahun kebelakangan ini Arsenal hampir-hampir menjulang kejuaraan.”

“Jika mereka mampu meneruskan kebangkitan ini sehingga ke penghujung musim dan memulakan musim hadapan dengan konsisten, saya sangat berharap agar mereka tampil selaku pencabar utama dan menjulang kejuaraan seperti yang peminat mahukan,” kata Winterburn lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply