[PERSPEKTIF] ARSENAL MESTI BELI PEMAIN TERNAMA – MASSIMILIANO ALLERGI

Massimiliano Allergi merupakan pengurus terhangat di Serie A selepas memenangi liga pada musim pertamanya mengendalikan AC Milan. Skuad kendalian Allergi berjaya membenam Arsenal 4-0 pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah  di San Siro dianggap sudah sebelah kaki ke peringkat suku akhir.

Allegri memberitahu: “Pada saya ia mustahil untuk memenangi liga atau Liga Juara-juara tanpa membeli pemain ternama. “

“Anda sama sekali tidak dapat melakukannya tanpa pemain ternama. Ia serupa juga dengan Arsenal, Milan atau mana-mana kelab besar. Anda perlu berhabis membeli pemain ternama. “

“Saya ada pasukan yang kuat tapi di dalamnya saya ada tiga pemain penting, memberikan pengalaman, ada karakter, bakat teknikal dan kepimpinan. Anda perlukan pemimpin. “

“Pada saya dalam setiap pasukan ada dua pemimpin. Satu teknikal dan satu taktikal dan satu dengan karakter. “

“Di Milan, pemimpin teknikal kami adalah Zlatan Ibrahimovic. Dari segi karakter, sehinggalah tahun lepas, ia adalah Rino Gattuso. Kini Mark Van Bommel atau Thiago Silva.”

“Arsenal ada pemain muda yang sangat bagus dan Robin van Persie boleh memberikan perbezaan. Tapi saya tak akan menukar mana-mana pemain saya untuk mana-mana pemain Arsenal. Tiada siapa. Kerana saya yakin dengan skuad saya mengatasi segala-galanya. “

Sumber : www.wiselonline.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply