[PERPINDAHAN] 5 PEMAIN YANG PATUT DIJUAL OLEH ARSENAL MUSIM PANAS INI

Tatkala saingan Liga Perdana Inggeris kian menghampiri kemuncaknya dengan berbaki lapan perlawanan dan jendela perpindahan pemain musim panas ini akan mula dibuka. Arsenal dijangka tidak akan melakukan pembelian yang besar musim ini namun perlu melepaskan beberapa pemain untuk terus memberi peluang buat prospek pemain muda untuk terus berkembang.

1-SEBASTIAN SQUILACI (31 tahun)

Pemain pertahanan Perancis ini tiba di Emirates pada musim panas 2010 dan masih bergelut untuk menyesuaikan diri di posisi pertahanan tengah dalam permainan bola sepak Inggeris.

Persembahan yang mengecewakan apabila beraksi menjadi bekas pemain Servilla berusia 31 tahun itu menjadi pilihan terakhir untuk diturunkan musim ini.

Pemain kelahiran Toulon, Perancis ini hanya beraksi dalam 6 perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol musim ini. Dengan kontrak yang akan berakhir pada Jun 2013, Arsenal seharusnya melepaskan Squillaci lebih awal.

2-MANUEL ALMUNIA (34 tahun)

Pemain kelahiran Sepanyol ini menyertai Arsenal pada 14 Julai 2004 sebagai ‘back up’ kepada Jens Lehmann. Pada awal kariernya, Almunia berjaya menampilkan aksi yang membanggakan sehingga berjaya menjadi pilihan utama penjaga gol Arsenal pada musim 2007/08. Namun, prestasi yang tidak konsisten lantaran sering melakukan kesilapan mudah serta tiada peningkatan yang dipamerkan oleh Almunia menyebabkan dia mula dipinggirkan pada musim 2010/11.

Persembahan yang memberansangkan oleh penjaga gol muda Poland, Wojciech menjadikan karier Almunia semakin pudar di Emirates. Pada 30 September 2011, Almunia telah memetrai perjanjian pinjaman ke West Ham United sehingga ke penghujung musim 2011/12. Lantaran faktor usia yang semakin meningkat dan kehadiran penjaga gol muda yang berbakat, Arsenal seharusnya mempertimbangkan penjualan penjaga gol kelahiran Sepanyol ini.

3-MAROUANE CHAMAKH (28 tahun)

Penyerang antarabangsa Maghribi ini menyertai Arsenal secara percuma dari kelab Perancis, Bordeaux pada 1 Julai 2010 dengan menandatangani kontrak selama 4 tahun.

Marouane Chamakh menampilkan aksi yang memberansangkan apabila menjaringkan 9 dari 16 perlawanan pertamanya musim bersama Arsenal. Sekembalinya Robin van Persie dari kecederaan menyaksikan penyerang berusia 28 tahun sering diletakan selaku pemain gantian.

Chamakh melakukan 44 penampilan dengan menjaringkan 11 gol sepanjang musim pertama bersama Arsenal. Namun pada musim ini, dia sekadar bermain 16 kali dan cuma menjaringkan 1 gol ketika Arsenal tewas 3-4 kepada Blackburn September tahun lalu. Penjualan akan memberi keuntungan kepada kelab lantaran ketibaannya di Emirates tanpa sebarang bayaran perpindahan di samping memberi peluang kepada prospek muda untuk menyerlah.

4-LUKASZ FABIANSKI (26 tahun)

Meskipun sudah 5 tahun berada di Emirates sejak menyertai Arsenal pada 11 May 2007 dari kelab Poland, Legia Warsaw namun penjaga gol Poland ini gagal nenunjukkan peningkatan yang memberansangkan untuk diletakkan sebagai pilihan utama. Persembahan yang meyakinkan dan konsisten ditampilkan oleh rakan senegaranya, Wojciech Szczesny meletakkan Fabianski kembali berada di bangku simpanan.

Dengan kehadiran pejaga gol muda seperti Vito Mannone (23) dan James Shea (20) yang mula mencuri tumpuan terus menjadikan penjaga gol berusia 26 tahun ini semakin dipinggirkan. Penjualan Fabianski akan memberi peluang untuk prospek penjaga gol muda Arsenal untuk terus berkembang.

5-ANDREI ARSHAVIN (30 tahun)

Kapten skuad kebangsaan Russia ini merupakan pemain termahal Arsenal  yang menyertai The Gunners pada Januari 2009 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £16.7 juta. Kerjaya awalnya bersama Arsenal sangan cemerlang dan menjadi tonggak skuad bimbingan Arsenal pada musim tersebut. Detik paling diingati apabila pastinya ketika Arshavin meledak 4 gol ketika Arsenal mengikat Liverpool di Anfield 3 bulan selepas debutnya bersama Arsenal.

Namun kini, sentuhannya kian pudar dan sering diketepikan dalam skuad utama Arsenal. di samping pilihan pemain muda yang semakin menyerlah. Pada 24 Februari 2012, Arshavin telah mencapaikan persetujuan untuk dipinjamkan ke Zenit St. Petersburg sehingga tamat musim ini. Dengan kontrak yang bakal tamat pada 31 Jun nanti, Wenger seharusnya membuat perjanjian pinjaman tetap untuk Arshavin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • perpindahan pemain arsenal 2013
  • perpindahan pemain epl musim panas
  • perpindahan pemain musim panas ke chelsea
  • musim perpindahan epl
  • pemain yang akan dibeli arsenal 14
  • pemain yg patut dibeli chelsea
  • prpindahan panas epl
This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply