[PERMOTORAN] GRAND PRIX MALAYSIA SEPANG 2012

Hujan lebat dan litar basah basah tidak menghalang pemandu Scuderia Ferrari, Fernando Alonso mencipta kejayaan dramatik dalam Grand Prix Petronas Malaysia 2012 di Litar Sepang semalam. Meskipun terpaksa mengharungi perlbagai cabaran serta disaingi hebat oleh pelumba-pelumba pasukan lain, namun pemandu kelahiran Sepanyol itu gah untuk muncul juara perlumbaan di Litar Sepang.

Pemandu kelahiran Sepanyol berusia 31 tahun ini menamatkan perlumbaan dengan mencatat masa 2 jam 44 minit dan 51 saat untuk mengatasi dua pencabar terdekat, Sergio Perez dari pasukan Sauber F1 dibezakan dengan 2.263 saat manakala Lewis Hamilton yang mewakili Vodafone McLaren menduduki tempat ketiga dengan mencatat masa 2 jam 45 minit dan 06 saat.

Tatkala perlumbaan bermula, awan mendung sudah kelihatan menyaksikan Lewis Hamilton berjaya memimpin saingan sebaik perlumbaan bermula dan hujan lebat mulai turun selepas 10 minit perlumbaan bermula menyaksikan perlumbaan terpaksa ditangguhkan selama 51 minit atas faktor-faktor keselamatan. Bendera merah terpaksa dikibarkan menyaksikan semua pelumba kembali ke pit ketika perlawanan baru sahaja memasuki pusingan kesembilan.

Sebaik perlumbaan bersambung semula pada 5.15 petang, kesemua pelumba menggunakan tayar basah kerana hujan masih belum reda sepenuhnya. Pemandu Vodafone Mclaren, Lewis Hamilton masih lagi mendahului diikuti oleh rakan sepasukan, Jenson Button di tempat kedua. Namun, Sergio Perez berjaya memintas Hamilton, Button serta Webber pada pusingan ke-17 menerusi strategi pit-stop.

Fernando Alonso berjaya merapakan jurang masa kepada 7.7 saat ketika perlumbaan memasuki pusingan ke-28 dan menukar tayar sederhana licin pada pusingan ke-40. Strategi ini pasukan Scuderia Ferrari ini berjaya menambahkan cengkaman sekaligus meningkatkan kelajuan untuk merapatkan jurang masa sebelum memintas Perez ketika perlumbaan berbaki enam pusingan untuk ditamatkan.

Sementara itu, Mark Webber pula menamatkan perlumbaan di tempat keempat diikuti bekas juara dunia yang membuat kemunculan semula, Kimi Raikkonen yang mewakili pasukan Lotus-Renault.

Alonso nyata berpuas hati dengan pencapaiannya berkata : “Satu keputusan di luar jangkaan, kerja cemerlang daripada pasukan. Kami telah memaksimumkan potensi yanga ada, kekal tenang dalam beberapa keadaan tidak diingini pada permulaan dengan gangguan dan perlu menukar tayar.”

“Pasukan wajar dipuji bagi kemenangan ini. Ini merupakan waktu sukar bagi kami pada ketika ini, tetapi Ahad ini akan terpahat dalam ingatan kami untuk selamanya,” kata juara dunia dua kali itu.

Sementara itu, juara dua kali pada 2010 dan 2011 terus ditimpa malang apabila mengalami perlanggaran dengan Pastor Maldonado sekaligus menamatkan perlumbaan di tempat ke-11. Manakala juara tujuh kali, Michael Schumacher gagal mengekalkan momentum semasa sesi ujian masa apabila berjaya mencatatkan masa ketiga terpantas terpaksa akur menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.

Paling mencuri tumpuan pastinya pemandu muda Mexico, Sergio Perez yang mewakili pasukan Sauber F1 hampir merealisasikan impian mencatatkan kemenangan pertamanya, namun peluang itu dinafikan apabila beliau dipintas pada pusingan 50.

“Pasukan telah melakukan kerja dengan cemerlang dan saya berjaya mengejarnya pusingan demi pusingan. Saya mengekori Fernando (Alonso) pada akhir perlumbaan.

“Saya memberikan ruang agak luas pada sebelah kiri dan saya tersentuh bebendul jalan dan saya gagal menang. Bagaimanapun, saya gembira kerana prestasi kereta terus bertambah baik. Pasukan ini memang hebat,” kata Perez.

Kemenangan Alonso pada ahad lalu merupakan gelaran keduanya dalam Grand Prix Malaysia di mana beliau berjaya muncul juara pada 2007 dengan pasukan McLaren Mercedes. Alonso juga kini turun mendahului senarai pungutan mata dengan 35 mata diikuti oleh Lewis Hamilton dengan 30 mata.

KEPUTUSAN PENUH GRAND PRIX MALAYSIA 2012

1-Fernando Alonso (Spain) Ferrari – 2 hours 44 minutes 51.812 seconds
2-Sergio Perez (Mexico) Sauber +2.263
3-Lewis Hamilton (Britain) McLaren +14.591
4-Mark Webber (Australia) Red Bull +17.688
5-Kimi Raikkonen (Finland) Lotus-Renault +29.456
6-Bruno Senna (Brazil) Williams-Renault +37.667
7-Paul di Resta (Britain) Force India +44.412
8-Jean-Eric Vergne (France) Toro Rosso +46.985
9-Nico Hulkenberg (Germany) Force India +47.892
10-Michael Schumacher (Germany) Mercedes +49.996
11-Sebastian Vettel (Germany) Red Bull +1min15.527
12-Daniel Ricciardo (Australia) Toro Rosso +1min16.828
13-Nico Rosberg (Germany) Mercedes +1min18.593
14-Jenson Button (Britain) McLaren +1min19.719
15-Felipe Massa (Brazil) Ferrari +1min37.319
16-Vitaly Petrov (Russia) Caterham F1 +1 lap
17-Timo Glock (Germany) Marussia-Cosworth +1 lap
18-Heikki Kovalainen (Finland) Caterham F1 +1 lap
19-Charles Pic (France) Marussia-Cosworth +2 laps
20-Narain Karthikeyan (India) HRT-Cosworth +2 laps
21-Pedro de la Rosa (Spain) HRT-Cosworth +2 laps
22-Pastor Maldonado (Venezuela) Williams-Renault +2 laps

SENARAI 6 PEMANDU TERBAIK KESELURUHAN
1-Fernando Alonso (Spain) Ferrari – 35
2-Lewis Hamilton (Britain) McLaren – 30
3-Jenson Button (Britain) McLaren – 25
4-Mark Webber (Australia) Red Bull – 24
5-Sergio Perez (Mexico) Sauber – 22

SENARAI PENGERLUAR KESELURUHAN
1-McLaren – 55
2-Red Bull – 42
3-Ferrari – 35
4-Sauber – 30
5-Lotus – 16

This entry was posted in Permotoran and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply