[LUMBA BASIKAL] LTdL 2012 – PERINGKAT 9 (KEMASIK – KUALA TERENGGANU)

Kayuhan luar biasa dipamerkan Andrea Guardini membolehkan pelumba pasukan Farnese Vini itu mencipta rekod baru dalam sejarah pertandingan Le Tour de Langkawi (LTdL). Pelumba kelahiran Itali berjaya memenangi perlumban peringkat kesembilan dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7 kilometer sekaligus memadam rekod kemenangan terbanyak milik bekas pelumba Australia, Graeme Brown yang merangkul sembilan kemenangan.

Meskipun perlumbaan berlangsung dalam hujan lebat sepanjang laluan, Guardini berjaya mengekalkan tempo kayuhan hingga ke garisan penamat dengan mencatat masa 3 jam 27 minit 6 saat sekaligus mengatasi pelumba pasukan Europcar, Matteo Pelucchi di tempat kedua dan Raymond Kreder yang mewakili Garmin Barracuda di tempat ketiga.

“Misi berjaya. Memenangi 10 peringkat perlumbaan adalah amat istimewa bagi saya. Ianya perlumbaan begitu bermakna di mana saya memulakan karier sebagai profesional di sini tahun lalu. Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan untuk membuka laluan bagi mendahului sebelum menang hari ini,” kata Guardini yang kembali merampas jersi biru daripada pelumba Astana Pro Team, Valentin Iglinskiy.

Hajat rakyat Terengganu menyaksikan anak kelahiran negeri itu menaiki podium tidak kesampaian apabila dua pelumba adik beradik, Harrif dan Zamri sekadar menamat saingan di tempat kelapan dan kesepuluh manakala seorang lagi pelumba basikal kelahiran Terengganu, Anuar Manan terlibat dalam satu kemalangan ketika perlamat berbaki tiga kilometer untuk ditamatkan.

Pelumba Colombia, Jose Serpa dari pasukan Androni Giocattoli masih mengekalkan jersi Kuning dan jersi Merah untuk kali kelima berturut-turut sejak peringkat kelima. Sementara pelumba Kazakhstan, Alexandre Dyachenko dari Astana Pro Team masih mempertahankan jersi Putih selepas mengumpul catatan masa 30:21:03s.

Perlumbaan terakhir dalam edisi ke-17 bakal merangkumi jarak sepanjang 114.8km dari Tasik Kenyir ke Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu melibat 3 zon pecutan di Padang Air 47.4km, Kuala Terengganu 82.4 km dan 98.6km.

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 9 – KEMASIK KE KUALA TERENGGANU (165.7 km)

10 Pemenang Peringkat ke-9 :

1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 3 jam 27 minit 06 saat

2-Matteo Pelucchi (ITA) Team Europcar 3:27:06s

3-Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 3:27:06s

4-Jacobe Keough (USA) United Healthcare 3:27:06s

5-Sonny Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox 3:27:06s

6-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 3:27:06s

7-Jani Tewelde (ERI) MTN Qhubeka 3:27:06s

8-Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27:06s

9-Thomas Bertolini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 3:27:06s

10-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27:06s
————————————————————————————–

30-Mohd Rauf Nur Misbah (MAS) Malaysia National Team 3:27:06s

41-Mohd Shahrul Mat Amin (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27:06s

43-Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team 3:27:06s

48-Muhamad Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team 3:27:06s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)

1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 30:18:43s

2-Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli 30:19:13s

3-Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 30:19:39s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih):

1-Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 30:21:03s

2-Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +02:03s

3-Andrey Zeits (KAZ) Astana Pro Team +02:08s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru):

1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 79 mata

2-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team – 79 mata

3-Jacobe Keough (USA) United Healthcare – 65 mata

Tiga Pelumba Pendakian Terbaik (Jersi Merah):

1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli – 27 mata

2-Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 24 mata

3-Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli – 24 mata

Pasukan Terbaik Keseluruhan:

1-Androni Giocattoli 91:00:10s

2-Astana Pro Team +12:06s

3-MTN Qhubeka +13:36s

Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia:

1-Astana Pro Team 91:12:16s

2-Tabriz Petrochemical Team +06:08s

3-Terengganu Cycling Team +16:55s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply