[LUMBA BASIKAL] LTdL 2012 – PERINGKAT 8 (PEKAN – CHUKAI)

Mohd Harrif Salleh nyaris mencipta kejutan apabila tewas tipis kepada jaguh pecut, Andrea Guardini dalam perlumbaan peringkat kelapan dari Pekan ke Chukai sejauh 100.8 kilometer dengan menduduki tempat kedua. Di hadapan 10,000 penonton yang mengharapkan anak jati Terengganu ini kejutan melakar kemenangan, Harrif berjaya mengikuti rentak kayuhan pakar pecut Farnese Vini-Selle Italia, itu dari jarak 200 meter menuju penamat, namun gagal mengatasi kehebatan pelumba Itali yang terlebih dahulu mencecah garisan penamat.

“Semangat ini memang berbeza apa lagi bila saya sudah nampak pintu gerbang sempadan negeri Terengganu tadi. Saya memang sudah berazam, apa pun saya mesti kalahkan pelumba ‘mat salleh’ yang lain sebab mahu buktikan pelumba Malaysia juga mampu beri saingan.

“Memang susah untuk saya mendapatkan kedudukan di belakang Guardini sebelum pecutan itu sebab ramai pelumba lain juga mahu mendapatkan tempat tetapi abang saya (Mohd Zamri Salleh) banyak membantu saya,” kata pelumba berusia 24 tahun itu yang dikenali dengan panggilan Mamat.

Sementara itu, pakar pecut Itali, Guardini merakam kejayaan kesembilan di LTdL – sekali gus menyamai rekod kemenangan terbanyak dimenangi Graeme Brown dari Australia. Dengan memenangi lima peringkat perlumbaan pada LTdL tahun lalu, Guardini melengkapkan kemenangan keempat, semalam dalam saingan yang terjejas dengan cuaca buruk dan hujan hingga ke garisan penamat.

Guardini, 23 tahun, tidak menghadapi masalah untuk mengatasi Mohd Harrif Salleh yang mewakili Terengganu Cycling Team dan Jacobe Keough (United Healthcare), ketiga-tiga pelumba berkenaan merakamkan 2 jam 13 minit 27 saat.

“Saya gembira dapat melakar empat kemenangan daripada empat penamat pecutan pada LTdL kali ini. Esok (hari ini), saya akan cuba melakukannya sekali lagi tetapi saya jangka saingan sengit daripada pasukan United Healthcare,” kata raja pecut tahun lalu itu.

Sementara itu, pelumba Colombia, Jose Serpa dari pasukan Androni Giocattoli terus mempertahankan jersi Kuning dan jersi Merah sejak peringkat kelima manakala pelumba Kazakhstan, Alexandre Dyachenko dari Astana Pro Team mengekalkan jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia.

Perlumbaan peringkat ke-9 bakal bersambung dari Kemasik ke Kuala Terengganu sejauh 165.7km dengan 3 zon pecutan (Dungun km38.8, Kg. Pela km99.8 dan Kuala Berang km 118.7) diramal akan dikuasai pelumba pecut yang akan menamatkan perlumbaan dalam peloton.

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 8 – PEKAN KE CHUKAI (100.8 km)

10 Pemenang Peringkat ke-8 :

1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 2 jam 13 minit 27 saat

2-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 2:13:27s

3-Jacobe Keough (USA) United Healthcare 2:13:27s

4-Hossein Nateghi (IRI) Tabriz Petrochemical Team 2:13:27s

5-Matteo Pelucchi (ITA) Team Europcar 2:13:27s

6-Taiji Nishitani (JPN) Aisan Racing Team 2:13:27s

7-Sonny Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox 2:13:27s

8-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 2:13:27s

9-Jani Tewelde (ERI) MTN Qhubeka 2:13:27s

10-Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 2:13:27s
—————————————————————————-

13-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team 2:13:27s

22-Anuar Manan (MAS) Champion System 2:13:27s

23-Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 2:13:27s

26-Suhardi Hassan (MAS) Malaysia National Team 2:13:27s

Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning:

1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 26:51:37s

2-Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli 26:52:07s

3-Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 26:52:33s

Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih):

1. Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 26:53:57s

2. Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +02:03s

3. Andrey Zeits (KAZ) Astana Pro Team +02:08s

Raja Pecut (Jersi Biru):

1-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team – 68 mata

2-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 62 mata

3-Jacobe Keough (USA) United Healthcare – 50 mata

Raja Bukit (Jersi Merah):

1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli – 27 mata

2-Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 24 mata

3-Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli – 24 mata

Pasukan Terbaik Keseluruhan

1. Androni Giocattoli 80:38:52s

2. Astana Pro Team +12:06s

3. MTN Qhubeka +13:36s

Pasukan Terbaik Asia

1. Astana Pro Team 80:50:58s

2. Tabriz Petrochemical Team +06:08s

3. Terengganu Cycling Team +16:55s

Incoming search terms:

  • sejarah le tour de langkawi
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply