[LUMBA BASIKAL] LTdL 2012 – PERINGKAT 7 (BENTONG – PEKAN)

Marco Canola dari pasukan Colnago CSF Inox gah menakluk perlumbaan peringkat ketujuh dari Bentong ke Kuantan yang merupakan laluan terpanjang dalam LTdL 2012 sejauh 205.8 kilometer. Pelumba kelahiran Itali berusia 24 tahun ini mencatatkan masa 4 jam 25 minit dan 17 saat bagi mengatasi Joon Yong Seo daripada pasukan Seoul Cycling di tempat kedua dan pelumba Rusvelo, Serguy Klimov di tempat ketiga.

Marco Canola berjaya menyertai kelompok 16 pelumba termasuk Raymond Kreder, Valentin Iglinsky dan pelumba negara, Suhardi Hassan melakukan pemecahan selepas 55 kilometer perlumbaan. Namun ketika perlumbaan berbaki 10 kilomter, hanya 13 pelumba masih berada terpisah dengan peloton. Ketika menuju tiga kilometer terakhir, Canola bersama Yong Seo dan Serguy Klimov berjaya mendahului pelumba lain untuk mencecah garisan penamat.

 “Sejak menjadi pelumba profesional, LTdL 2012 ini adalah kejohanan kedua saya selepas Jelajah Calabria. Malah, ia juga adalah kemenangan pertama saya dan sudah tentu saya berasa gembira.

“Saya sebenarnya hanya menunggu untuk melakukan pecutan sahaja. Jadi, apa yang saya buat hanyalah mengekori Valentin Iglinsky (pelumba Astana) dan pelumba Garmin Barracuda, Raymond Kreder kerana mereka amat berbahaya.

“Kemudian saya lihat ada pelumba melakukan pemecahan pada tiga kilometer terakhir. Saya rasa ia suatu tindakan yang penting, jadi saya terus mengejar mereka dan memintas pada selekoh terakhir. Kira-kira 200 meter ke garisan penamat, saya terus melakukan pecutan sehingga ke akhir,” jelas Canola pada sidang media semalam.

Begitupun, keputusan semalam masih belum mampu mengubah kedudukan juara LTdL 2009, Jose Serpa selaku pendahulu keseluruhan, sekali gus mempertahankan Jersi Kuning yang dimenanginya di Genting Highlands kelmarin. Pelumba pasukan Androni Giocattoli itu mendahului rakan sepasukannya, Jose Rujano dengan kelebihan 30 saat serta Victor Nino Corridor dari pasukan Azad University dengan 56 saat.

Perebutan bagi status Raja Pecut juga menyaksikan satu persaingan sengit apabila Iglinsky berjaya merampas Jersi Biru tersebut daripada pelumba Farnese Vini Selle Italia, Andrea Guardini. Iglinsky yang memenangi tiga zon pecutan di Mentakab, Maran dan Gambang kini mengumpul 60 mata, 13 mata mengatasi Guardini, 47.

Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia pula masih kekal menjadi milik pelumba Kazakhstan, Alexandre Dyachenko dari pasukan Astana, manakala Jersi Merah (Raja Bukit) pula masih kekal bersama Serpa. Pelumba negara, Suhardi Hassan turut berjaya mencuri tumpuan apabila menamatkan perlumbaan di kelompok 10 pelumba terbaik dengan menduduki tempat kelapan.

Perlumbaan peringkat kelapan akan berlangsung dari Pekan, Pahang ke Chukai, Terengganu sejauh 100.8km melibatkan tiga zon pecutan (Kuantan – km44.8), (Balok – km58.9) dan (Cherating – km81.7) serta satu zon pendakian kategori 4 (Kuantan – km47.7).

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 7 –BENTONG KE PEKAN (205.8 km)

10 Pemenang Peringkat ke-7 :

1-Marco Canola (ITA) Colnago CSF Inox 4 jam 25 minit 17 saat

2-Seo Joon Yong (KOR) Seoul Cycling 4:25:17s

3-Serguy Klimov (KOR) Rusvelo 4:25:17s

4-Mathieu Claude (FRA) Team Europcar 4:25:17s

5-Floris Geosinnen (NED) Drapac Cycling 4:25:17s

6-Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 4:25:28s

7-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 4:25:28s

8-Suhardi Hassan (MAS) Malaysia National Team 4:25:28s

9-Yohann Gene (FRA) Team Europcar 4:25:28s

10-Kenichi Suzuki (JPN) Aisan Racing Team 4:25:30s
——————————————————————————-

18-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 4:26:52s

20-Anuar Manan (MAS) Champion System 4:26:55s

38-Amir Mustafa Rusli (MAS) Malaysia National Team 4:26:59s

41-Adiq Husainie Othman (MAS) Champion System 4:26:59s

Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)

1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 24:38:10s

2-Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli 24:38:40s

3-Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 24:39:06s

Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih)

1-Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 24:40:30s

2-Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +02:03s

3-Andrey Zeits (KAZ) Astana Pro Team +02:08s

Raja Pecut (Jersi Biru)

1-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team – 60 mata

2-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 47 mata

3-Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda – 41 mata

Raja Bukit (Jersi Merah)

1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli – 27 mata

2-Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 24 mata

3-Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli – 24 mata

Pasukan Terbaik Keseluruhan:

1-Androni Giocattoli 73:58:31s

2-Astana Pro Team +12:06s

3-MTN Qhubeka +13:36s

Pasukan Terbaik Asia:

1-Astana Pro Team 74:10:37s

2-Tabriz Petrochemical Team +06:08s

3-Terengganu Cycling Team +16:55s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply