[LUMBA BASIKAL] LTdL 2012 – PERINGKAT 6 (SHAH ALAM – GENTING HIGHLAND)

Jose Serpa membuktikan statusnya selaku ‘Raja Genting’ apabila mengungguli perlumbaan peringkat ke-6 LTdL 2012 dari Proton, Shah Alam ke Genting Highland dengan mencatat masa 3 jam 9 minit dan 37 saat. Kejayaan pelumba berusia 33 tahun dari pasukan Androni Giocattoli itu mengulangi pencapaiannya menawan puncak genting pada tahun 2006, 2007 dan 2009. Pelumba Azad University Cross, Victor Nino Corridor di tempat kedua, dua saat ketinggalan diikuti rakan sepasukan Serpa, Jose Rujano di tempat ketiga.

Sebaik perlumbaan dilepaskan pada pukul 10.00 pagi, pelumbaan kebangsaan, Mohd Nor Rizuan Zainal mencipta kejutan mengetuai tujuh pelumba pemecahan dari peloton pada 10 kilometer pertama dan berjaya memunggut mata penuh pada Zon Pecutan 1 (Coalfields-35km) dan Zon Pecutan 3 (Gombak-63km) serta 3 mata di Zon Pecutan 2 (Paya Jaras-43.7km).

Tatkala pelumbaan memasuki 10 kilometer terakhir, tiga pakar pendaki iaitu Jose Serpa, Victor Nino Corridor dan Jose Rujano mengorak langkah mendahului perlumbaan. Namun Jose Rujano mulai keletihan ketika pendakian berbaki 6 kilometer. Akhirnya, Jose Serpa berjaya mengerah kudrat mengatasi Victor Nino Corridor menuju ke garisan penamat. Kejayaan ini turut meletakkan Serpa selaku pemilik jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan jersi merah ‘Raja Bukit’.

“Saya tidak menjangka dapat memenanginya (jersi kuning), namun saya dapat meramalkan yang saya mampu beraksi dengan baik pada peringkat pendakian yang sukar ini.

“Pada mulanya Jose Rujano yang mengetuai kami, namun dia mula ketinggalan ketika menuju pada baki terakhir perlumbaan. Peluang itu saya guna sebaiknya untuk melakukan ‘serangan’ sebelum berjaya dihimpit oleh Nino. “

“Apa yang boleh saya buat selepas itu hanyalah kekalkan kayuhan dan menyimpan tenaga sebelum melakukan henjutan terakhir ketika 50 meter menuju ke garisan penamat,” kata Jose Serpa.

Peringkat ketujuh dari Bentong ke Kuantan merupakan laluan paling jauh dalam LTdL 2012 dan ia melibatkan tiga zon pecutan (Mentakab – km 57.7, Maran-km 117.3 dan Gambang – km 164) serta satu zon pendakian kategori 4 (Bukit Genting -km 95.5).

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 6 – SHAH ALAM KE GENTING HIGHLAND (108 km)

10 Pemenang Peringkat ke-6 :

 1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 3 jam 09 minit 37 saat

2-Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 3:09:39s

3- Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli 3:10:23s

4- Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 3:12:09s

5-Jackson Rodriguez (VEN) Androni Giocattoli 3:12:30s

6- Stefano Locatelli (ITA) Colnago CSF Inox 3:12:30s

7-Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 3:13:02s

8-Chris Butler (USA) Champion System 3:13:03s

9-Andrey Zeits (KAZ) Astana Pro Team 3:13:05s

10-Dennis Van Niekerk (RSA) MTN Qhubeka 3:13:12s
——————————————————————————-

16-Muhamad Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team 3:14:43s

21-Adiq Husainie Othman (MAS) Champion System 3:15:24s

37-Mohd Shahrul Mat Amin (MAS) Terengganu Cycling Team 3:20:19s

45-Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team 3:22:05s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning):

1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 20:11:11s

2-Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli 20:11:41s

3-Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 20:12:07s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih):

1-Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 20:13:31s

2-Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +02:03s

3-Andrey Zeits (KAZ) Astana Pro Team +02:08s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru):

1. Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 45 mata

2. Sonny Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox – 36 mata

3. Valentine Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team – 36 mata

Tiga Pelumba Pendakian Terbaik (Jersi Merah):

1. Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli – 27 mata

2. Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 24 mata

3. Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli – 24 mata

Pasukan Terbaik Keseluruhan:

1. Androni Giocattoli 60:37:34s

2. Astana Pro Team +13:37s

3. Champion System +13:41s

Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia:

1. Astana Pro Team 60:51:11s

2. Tabriz Petrochemical Team +04:48s

3. Terengganu Cycling Team +15:31s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply