[LUMBA BASIKAL] LTdL 2012 – PERINGKAT 5 (AYER KEROH – PANDAN INDAH)

Pelumba pasukan Androni Giocattoli, Jose Serpa melakukan henjutan bertenaga menuju garisan penamat seterusnya memenangi perlumbaan peringkat keempat dari Ayer Keroh ke Pandan Indah, Kuala Lumpur merakamkan masa 4 jam 32 minit dan 17 saat. Pemenang kedua, Darren Lapthorne dari pasukan Drapac Cycling pula  berjaya merampas jersi kuning pendahulu keseluruhan daripada pelumba pasukan Garmin Barracuda, David Zabriske.

Matteo Rabottini pula menduduki tempat ketiga sementara pelumba negara yang mewakili Champion Systems, Adiq Hussainie Othman pula berjaya meraih tempat keempat. Selain itu, Adiq Hussainie turut cemerlang mengutip 13 mata apabila menduduki tempat kedua di zon pendakian (Genting Perez–148.8km) dan tempat pertama di  (Bukit Tinjau-180.2km). Pencapaian tersebut juga menyaksikan Adiq Hussaini mengumpul 14 mata keseluruhan dalam persaingan jersi merah ‘Raja Bukit’ untuk berada di belakang Matteo Rabottini yang mengumpul 18 mata.

“Saya sebenarnya agak terkejut kerana berjaya merampas jersi Kuning daripada David (Zabriskie). Semua ini adalah hasil bantuan rakan sepasukan saya, Adam Phelan.”

“Apabila saya mendengar bahawa David semakin jauh ketinggalan di belakang, ia memberi saya motivasi untuk terus berkayuh bagi memenangi jersi kuning ini,” kata Lapthorne selepas perlumbaan semalam.

Sementara itu, pelumba Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang mencatat kemenangan hatrik dalam tiga perlumbaan sebelum ini masih lagi mempertahankan gelaran Jersi Biru (Raja Pecut) dengan kutipan 45 mata. Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia pula menjadi milik pelumba pasukan Astana, Alexandre Dyachenko yang merampas daripada rakan sepasukannya, Dmitriy Gruzdev.

Pelumba sensasi negara, Anuar Manan pula ditimpa malang selepas terlibat dalam kemalangan dan hanya mampu menduduki tempat ke-115 buat Champion System. Selain itu, pelumba skuad kebangsaan Malaysia yang berjaya menamatkan saingan dalam kelompok 20 pelumba terbaik dengan Mohd. Saufi Mat Senan di tempat ke-13, Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi (15) dan Amir Mustafa Rusli (19).

Peringkat keenam hari ini akan bermula dari Proton Shah Alam ke Genting Highlands sejauh 108 km dengan melibatkan dua zon pendakian (Puncak Alam – km 24.1km dan Genting – km 108) serta tiga zon pecutan (Coalfields – km 35, Paya Jaras – km 43.7 dan Gombak – km 63.3).

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 5 – AYER KEROH KE PANDAN INDAH (190 km)

10 Pemenang Peringkat ke-5 :

1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 4 jam 32 minit 17 saat

2-Darren Lapthorne (AUS) Drapac Cycling 4:32:17s

3-Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 4:32:28s

4-Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System 4:32:28s

5-Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 4:32:28s

6-Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 4:32:28s

7-Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team 4:32:28s

8-Jani Tewelde (ERI) MTN Qhubeka 4:32:41s

9-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 4:32:41s

10-Taiji Nishitani (JPN) Aisan Racing Team 4:32:41s

—————————————————————————–

13-Muhamad Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team – 4:32:41s

15-Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team – 4:32:41s

19-Amir Mustafa Rusli (MAS) Malaysia National Team – 4:32:41s

60-Mohd Shahrul Mat Amin (MAS) Terengganu Cycling Team – 4:32:41s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)

1-Darren Lapthorne (AUS) Drapac Cycling 17:00:36s

2-Tom Danielson (USA) Garmin Barracuda 17:01:13s

3-Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 17:01:22s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih):

1-Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 17:01:22s

2-Dmitriy Gruzdev (KAZ) Astana Pro Team +07s

3-Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +31s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru):

1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 45 mata

2-Jacobe Keough (USA) United Healthcare – 41 mata

3-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team – 36 mata

Tiga Pelumba Pendakian Terbaik (Jersi Merah):

1-Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 18 mata

2-Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System – 14 mata

3-James Williamson (NZL) New Zealand National Team – 10 mata

Pasukan Terbaik Keseluruhan:

1-Androni Giocattoli 51:05:04s

2-Astana Pro Team +21s

3-Tabriz Petrochemical Team +53s

Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia:

1-Astana Pro Team 51:05:25s

2-Tabriz Petrochemical Team +0:32s

3-Aisan Racing Team +04:34s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply