[LUMBA BASIKAL] LTdL 2012 – PERINGKAT 10 (TASIK KENYIR – KUALA TERENGGANU)

Andrea Guardini terus cemerlang memenangi peringkat terakhir LTdL 2012 dari Tasik Kenyir ke Kuala Terengganu sekaligus mengekalkan jersi biru ‘Raja Pecut’ manakala Jose Serpa dinobatkan selaku juara keseluruhan (jersi kuning) dan ‘Raja Bukit’ (jersi merah). Guardini terlalu hebat untuk ditandingi pelumba-pelumba lain pertama mencecah garisan penamat dengan catatan masa 2 jam 36 minit 42 saat sementara tempat kedua Jacobe Keough manakala Sonny Colbrelli dari Colnago CSF Inox ketiga.

Guardini mengekalkan jersi biru ‘Raja Pecut’ yang dimenanginya tahun lalu meraih 94 mata mengatasi pelumba Astana, Valentin Iglinskiy yang meraih 85 mata, sementara pelumba ketiga terbaik bagi saingan pecutan ialah Jacobe Keough dari United Healtcare yang mengutip 79 mata.

Meskipun 2 pelumba dari pasukan Astana, Alexandre Vinokurov dan Dmitriy Gruzdev melakukan breakaway mendahului pelumba-pelumba lain ketika perlumbaan berbaki 10 kilometer namun mereka keletihan dan gagal mengekalkan rentak kayuhan sebelum ditelan oleh peloton 900 meter menuju ke garisan penamat.

Menurut pelumba berusia 23 tahun itu, dia gembira kerana muncul pelumba pertama memenangi enam peringkat dalam satu edisi dan menganggap prestasinya amat menakjubkan selepas gagal meraih sebarang kejuaraan sepanjang tiga perlumbaan sebelum ini pada awal 2012.

Sementara itu, Jose Serpa membawa pulang piala pusingan LTdL yang baru diperkenalkan tahun ini sekali gus memenangi kejayaan keduanya menyarung jersi kuning mengulangi pencapaian LTdL 2009. Pelumba kelahiran Colombia itu mencatat masa 32:55.31s untuk mengatasi rakan sepasukannya, Jose Rujano yang juga juara keseluruhan LTdL 2010 di tempat kedua dengan perbezaan masa 30 saat.

“Kejayaan ini sangat penting bagi saya dan pasukan. Kami akan pulang ke Itali malam ini (semalam) dan selepas ini sasaran utama saya adalah memenangi Giro d’Italia (Mei ini),” kata pelumba berusia 33 tahun itu.

LTdL tahun ini turut menyaksikan pelumba pasukan Pro Tour, Astana, Alexandre Dyachenko dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Asia dalam penyertaan sulung pasukan itu bagi mengatasi penguasaan pelumba Iran yang menguasai jersi putih itu.

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT 10 – TASIK KENYIR KE K. TERENGGANU (114.8 km)

10 Pemenang Peringkat ke-10 :

1- Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 2 jam 36 minit 42 saat

2-Jacobe Keough (USA) United Healthcare 2:36:42s

3-Sonny Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox 2:36:42s

4-Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 2:36:42s

5-Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 2:36:42s

6-Christian Delle Stelle (ITA) Colnago CSF Inox 2:36:42s

7-Hossein Nateghi (IRI) Tabriz Petrochemical Team 2:36:42s

8-Robert Forster (GER) United Healthcare 2:36:45s

9-Matteo Pelucchi (ITA) Team Europcar 2:36:45s

10-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 2:36:45s
————————————————————————————

13-Adiq Husainie Othman (MAS) Champion System 2:36:48s

20-Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 2:36:48s

23-Muhamad Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team 2:36:48s

48-Anuar Manan (MAS) Champion System 2:36:55s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning):

1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 32:55:31s

2-Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli 32:56:01s

3-Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 32:56:34s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih)

1. Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 32:57:51s

2. Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team +2:03s

3. Andrey Zeits (KAZ) Astana Pro Team +02:08s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru)

1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 94 mata

2-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team – 85 mata

3-Jacobe Keough (USA) United Healthcare – 79 mata

Tiga Pelumba Pendakian Terbaik (Jersi Merah)

1-Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli – 27 mata

2-Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 24 mata

3-Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli – 24 mata

Pasukan Terbaik Keseluruhan:

1-Androni Giocattoli 98:50:34s

2-Astana Pro Team +12:03s

3-MTN Qhubeka +13:36s

Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia

1-Astana Pro Team 99:02:37s

2-Tabriz Petrochemical Team +06:05s

3-Terengganu Cycling Team +16:52s

Incoming search terms:

  • lumba basikal
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply