[KOMENTAR] LIONEL MESSI BELUM SEHEBAT MARADONA – VALDANO

Bekas Pengurus Besar Real Madrid, Jorge Valdano percaya bahawa Lionel Messi adalah lebih ‘cekap’ daripada Diego Maradona tetapi kedua-duanya tidak seharusnya dibandingkan. Valdano pernah beraksi bersama Maradona dalam pasukan Argentina yang memenangi Piala Dunia pada tahun 1986. Beliau menjaringkan gol kedua dalam perlawanan akhir menentang Jerman Barat dalam kemenangan 3-2.

Beliau pernah menjadi pengurus Real Madrid untuk setahun pada tahun 1996, memenangi La Liga sebelum menjadi pengarah sukan kelab itu. Messi memecahkan rekod penjaring gol terbanyak Barcelona pada hari Rabu selepas menjaringkan hatrik kelapan musim ini dan bintang Argentina itu telah mendapat banyak mesej mengucapkan tahniah atas pencapaian.

Bagaimanapun, Valdano percaya bahawa Messi masih belum lagi berada setaraf dengan Maradona dan berkata bahawa penyerang Barcelona itu masih ada jauh lagi dalam kerjayanya sebelum boleh dibandingkan dengan legenda Argentina, Diego Maradona.

“Apabila kami bercakap tentang Maradona, kami akan bercakap tentang seluruh kerjayanya, manakala Messi masih hanya 24 tahun,” Valdano memberitahu majalah Sports.

“Hakikat bahawa kami sedang membandingkan mereka berdua adalah satu penghormatan terhadap apa yang telah dicapai oleh Lionel.”

Dia percaya bahawa Maradona adalah seorang pemain yang lebih ‘artistik’.

“Jika kami harus membezakan mereka, anda boleh mengatakan bahawa Maradona adalah pemain yang lebih artistik dan mempunyai gaya yang unik dan cara permainan yang begitu cantik.”

“Messi pula lebih cekap dan lebih konsisten. Dia sungguh bahaya setiap kali dia mendapat bola.”

Valdano yang berusia 56 tahun mengakui, bahawa Messi telah mencapai lebih banyak daripada mana-mana pemain lain yang seusia beliau. Beliau juga berpendapat bahawa pada akhir kerjayanya, Messi mungkin akan diisytiharkan sebagai pemain lebih baik daripada Maradona.

“Jika dia terus memberikan prestasi yang cemerlang di peringkat tertinggi, dia akan mengatasi semua orang, termasuk lagenda Brazil, Pele.”

Sumber : www.espnstar.my

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply