[KOMENTAR] GET WELL SOON MUAMBA DAN ANIMO ABIDAL

Erti kemanusian dan nilai persahabatan dipamerkan oleh pemain-pemain Real Madrid dan beberapa kelab bola sepak terkemuka Eropah berada kelas tersendiri dalam menyampaikan mesej sokongan moral kepada pertahanan Barcelona, Eric Abidal serta pemain muda Bolton Wanderers, Fabrice Muamba hujung minggu lalu.

Barisan bintang The Galacticos menyampaikan mesej sokongan moral dengan memakai t-shirt yang ditulis ‘Get Well Soon Muamba’ dan ‘Animo Abidal’ sebagai sokongan buat dua pemain itu yang sedang mengalami masalah kesihatan yang kritikal sebelum perlawanan menentang Malaga di Santiago Bernabue hujung minggu lalu.

Pemain tengah Bolton Wanderers mengejutkan masyarakat dunia apabila rebah pada minit ke-41 dalam perlawanan suku akhir Piala FA di White Hart Lane, London. Bekas pelatih akademi bola sepak Arsenal itu mengalami masalah jantung dan kini menjalani rawatan di London Chest Hospital masih dalam keadaan kritikal.

Bintang Barcelona, Eric Abidal dilaporkan bakal menjalani pembedahan kerana kanser hati yang dihidapinya. Sementara itu, pemain-pemain dari pasukan Lille dan Olympique Lyon turut memakai baju yang bertulis ‘Courage Abi’ di mana sebagai tanda sokongan dan penghargaan buat Abidal yang pernah beraksi bersama Lille (2002-2004) dan Olympique Lyon (2004-2007) sebelum berhijrah ke Barcelona.

Tidak ketinggalan bekas rakan sepasukan Muamba semasa beraksi bersama Bolton Wanderers, Gary Cahill turut memakai baju yang bertulis ‘Pray 4 Muamba’ ketika meraikan jaringan pertamanya ketika membantu Chelsea menewaskan Leicester 5-2 dalam saingan Piala FA  di mana pengadil turut bertindak tidak melayangkan kad kuning kepadanya.

Seorang lagi pemain Chelsea, Daniel Sturridge yang merupakan rakan sepasukan Muamba yang beraksi bersama-sama dalam skuad England B-23 dan Bolton Wanderers turut memakai baju yang sama sebagai tanda sokongan moral buat Fabrice Muamba. Bintang Juventus dan Itali, Andrea Pirlo turut mendedikasi kemenangan 5-0 Juventus ke atas Fierontina kepada pemaint tengah Bolton itu. Buat Fabrice Muamba dan Eric Abidal, tabahkan hatimu dan semoga cepat sembuh.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.