[KOMENTAR] ADAKAH ARSENAL ‘ONE MAN TEAM’?

Media-media dan peminat bola sepak sering melabelkan Arsenal sebagai skuad yang terlalu bergantung kepada seseorang pemain sahaja, sejak zaman Henry dan kini dengan Robin van Persie. Meskipun Arsenal menerapkan dengan corak pemainan berpasukan dengan gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda namun stigma dan perspektif media dan peminat bola sepak masih tidak berubah. Lantaran ini, isu menjadi pilihan untuk dikupas dan dikongsi bersama dengan semua peminat-peminat Arsenal.

Semenjak Arsene Wenger menjadi pengurus, Arsenal sentiasa dilabelkan sebagai pasukan yang terlalu bergantung kepada seorang pemain sahaja. Jika dahulu Thierry Henry kemudiannya Cesc Fabregas dan kini Robin van Persie merupakan kunci kejayaan pasukan dan Arsenal berjaya mencapai kemenangan dengan sistem yang diamalkan ini. Walau bagaimanapun, perbezaan antara zaman Henry dan zaman selepas pemergian Henry ke Barcelona adalah kualiti pemain yang berada dalam pasukan.

Thierry Henry berjaya menbantu Arsenal menjulang pelbagai kejuaraan termasuk musim The Invincibles di mana skuad ketika itu memiliki gandingan pemain yang hebat dan mantap sebelum mereka berhijrah meninggalkan Arsenal. Sebaliknya berlaku kepada zaman Fabregas dan Robin van Persie dibarisi skuad muda yang cetek pengalaman dan kekurangan kualiti untuk menjulang kejuaraan untuk mengharungi persaingan yang mencabar.

Lihatlah kepada Barcelona di mana mereka merupakan pasukan yang terlalu bergantung kepada seorang pemain. Lionel Messi telah menjaringkan 50% gol sepanjang musim sama seperti yang berlaku kepada Robin van Persie. Namun, tatkala Messi diketepikan beberapa perlawanan pada awal musim lalu ekoran masalah kecederaan, Barcelona dihimpit prestasi yang tidak menentu dan gagal beraksi dengan cemerlang.

Kualiti yang ada pada Lionel Messi sangat penting untuk membantu Barcelona mencatatkan kemenangan. Situasi yang sama berlaku kepada Real Madrid yang bergantung dengan Cristiano Ronaldo dan Man United dengan Wayne Rooney kerana mereka adalah titik kepada kunci kejayaan dalam pasukan masing-masing.

Ironinya, setiap pasukan memerlukan seorang pemain tonggak dan hakikat ini adalah sesuatu yang realistik. Setiap pemain yang menjadi kunci kepada pasukan memberi kekuatan dalaman untuk pasukan. Dan setiap pasukan memerlukan pemain yang berpengaruh seperti Robin van Persie untuk meningkatkan kualiti pasukan dan mencerahkan peluang untuk memenangi perlawanan.

Kebelakangan ini, Robin van Persie sering dirantai oleh pertahanan lawan untuk menghalang penyerang prolifik Arsenal ini dari terus memberi ancaman kepada mereka. Namun kelibat permain-pemain Arsenal seperti Mikel Arteta, Theo Walcott, Tomas Rosicky, Oxlade-Chamberlain, dan Aaron Ramsey turut berjaya merobek gawang lawan.

Malah pemain pertahanan seperti Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny, Andre Santos, Bacary Sagna dan Kieran Gibbs juga mampu memecah kebuntuan untuk menghasilkan jaringan seperti perlawanan menentang Everton dan Aston Villa.

Kesimpulannya, setiap pasukan memiliki pemain yang menjadi tumpuan dan bertindak sebagai kunci kejayaan pasukan masing-masing. Fenomena ini merupakan sesuatu yang positif dan diterapkan oleh hampir kesemua pasukan bola sepak.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply