[KECEDERAAN] WILSHERE MUNGKIN KEMBALI PENGHUJUNG MUSIM INI – WENGER

Arsène Wenger percaya Jack Wilshere akan kembali menyarung jersi sebelum tamat musim ini. Pemain tengah England telah terlepas hampir keseluruhan kempen liga musim ini selepas menjalani pembedahan pada September lalu ekoran kecederaan yang dialaminya semasa perlawanan pra-musim lalu. Namun Wilshere telah menunjukkan peningkatan yang beberapa minggu lalu dan dijangka dapat beraksi dalam tempoh masa terdekat.

Arsenal bakal beraksi dalam 9 perlawanan dalam tujuh minggu mendatang dan Wenger berharap dapat menurunkan Wilshere untuk beberapa perlawanan.

“Wilshere akan kembali menjalani latihan dan menunjukkan kemajuan yang memberansangkan,” kata Wenger.

“Hari ini (semalam) saya boleh katakan jika semua berjalan lancar dalam tempoh tiga minggu, Wilshere akan kembali. Dan dia memerlukan lagi dua minggu untuk cergas sepenuhnya. Saya tidak mahu terlalu mendesak kerana dia mengalami kecederaan yang panjang dan memerlukan sedikit masa untuk mengembalikan kecergasaannya.”

“Saya rasa dia akan bermain di penghujung musim ini jika tiada halangan. Imbasan terakhir ke atas kaki dia positif, jadi dia sudah boleh bermain.”

Wilshere merupakan tonggak utama Arsenal dan England tetapi Wenger tidak pasti sama ada dia dapat beraksi bersama England dalam Kejohanan EURO pada Jun nanti.

“Mujurlah saya tidak terlibat dalam membuat keputusan. Namun saya akan masuk campur jika ia melibatkan risiko kesihatannya.” katanya.

“Dia merupakan pemain England dan jika dia bermain beberapa perlawanan sebelum tamat musim mungkin dia dapat beraksi di EURO 2012 nanti. Jika dia tidak dapat bermain, saya fikir ianya tidak realistik.”

“Tiga minggu lagi kami akan memutuskan mengenai kemajuannya. Kami mengambil langkah yang berhati-hati ke atas dirinya. Kami tidak akan memaksa Wilshere menjalani latihan jika dia mengalami kesakitan. Jadi, kami mengabil langkah-langkah yang perlahan tidak seperti yang diharapkan. Jika semua berjalan lancar dia akan kembali menjalani latihan penuh dalam tiga minggu lagi tetapi saya tidak pasti.”

Prospek masa depan Arsenal ini bakal mendapat panggilan dari skuad bola sepak Great Britain untuk ke Sukan Olimpik London 2012.

“Sukan Olimpik akan menjejaskan permulaan musim untuk kami. Jika Wilshere dapat bermain, saya lebih rela dia bermain untuk Kejohanan EURO daripada ke Sukan Olimpik. Namun ia bergantung terhadap kecergasanya,” kata Wenger lagi.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply