[KECEDERAAN] TIADA KECEDERAAN TERBARU DARI KEM ARSENAL

Kem Arsenal bebas dari sebarang kecederaan terbaru dan bakal mendapat kembali khidmat beberapa pemain yang disisihkan ekoran kecederaan. Arsene Wenger pastinya ceria dengan berita ini dan dijangka bakal menurunkan barisan terbaik untuk berhadapan dengan Everton di Goodison Park, awal pagi Khamis nanti.

Pemain bek kiri kelahiran Brazil, Andre Santos pulih sepenuhnya dan bermain selama 60 minit bersama pasukan simpanan ketika menewaskan skuad simpanan West Brom 3-0 di mana penyerang Korea Selatan, Park Chu-Yong yang disisihkan oleh Wenger turut menyumbang satu gol. Sementara itu, Abou Diaby yang mengalami masalah hamstring kembali pulih dan akan bermain untuk skuad simpanan menentang Liverpool pagi Rabu nanti.

Jack Wilshere pula yang menjalani imbasan dilaporkan positif dan tidak mengalami sebarang masalah serta akan meneruskan kembali usaha untuk mengembalikan kecergasan meskipun tiada tarikh ditetapkan untuk Wilshere kembali bersama pasukan. Francis Coquelin pula memerlukan dua minggu lagi untuk kembali cergas dari masalah hamstring semasa menetang Sunderland 8 Februari lalu.

Namun, pertahanan antarabangsa Jerman, Per Mertesacker memerlukan 6 minggu lagi untuk pulih dijangka terlepas untuk beraksi bersama Arsenal musim ini dan memiliki peluang yang agak tipis untuk beraksi bersama negaranya di Kejohanan EURO 2012, Jun nanti. Mertescker terlebih dahulu perlu kembali menjalani latihan dan mengembalikan kecergasan untuk kembali bersama skuad kebangsaan Jerman nanti.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply