[KECEDERAAN] BERITA BAIK DARI KEM ARSENAL

Kem Arsenal kembali ceria apabila beberapa pemain sudah menjalani latihan penuh dan cergas untuk diturunkan. Kehadiran beberapa pemain ini diharapkan dapat memberi pilihan buat Arsene Wenger dalam membentuk variasi dalam skuad bimbingannya. Arsenal berada dalam momentum yang baik untuk mengintai peluang memintas Spurs yang cuma dibezakan dengan 4 mata sahaja.

Andre Santos yang berehat lebih 3 bulan sedia diturunkan dalam perlawanan menentang Newcastle awal pagi Selasa ini. Pemain bek kiri Brazil ini mengalami kecederaan akibat terkehel buku lali semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Olympiakos 6 Disember lalu.

Arsene Wenger juga turut mengesahkan trio pemain tengah iaitu Aaron Ramsey dan Mikel Arteta manakala Yossi Benayoun juga turut kembali pulih dan bakal menjalani latihan Ahad ini. Namun Abou Diaby yang kembali dirundung kecederaan hamstring belum sempat pulih dan bakal diketepikan dalam perlawanan menentang Newcastle nanti.

Sementara itu, Jack Wilshere yang berehat panjang ekoran kecederaan buku lali sejak 31 Julai 2011 semasa menentang New York Red Bulls telah menjalani imbasan semalam tetapi belum ada keputusan diperolehi. Namun Jack Wilshere kelihatan baik semasa sesi latihan dan keadaan luaran buku lalinya tampak normal. Jika tiada keradangan di buku lali, Wilshere akan menjalani proses pemulihan secara normal.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply