[INFO] NICO YENNARIS – BINTANG BARU ARSENAL DALAM PEMBIKINAN

Niko Yennaris seorang pemain muda yang memiliki prospek masa depan cerah yang bakal mengukir nama di persada Liga Perdana Inggeris beberapa tahun lagi. Pemain berusia 18 tahun ini berjaya menampilkan aksi yang membanggakan dalam debutnya bersama skuad utama Arsenal apabila masuk mengantikan Johan Djourou ketika Arsenal tewas 1-2 kepada Man United di Emirates pada 22 Januari  lalu.

Pemain bek kanan ini cukup tenang dalam perlawanan besar dan berhadapan dengan barisan pemain-pemain berpengalaman. Yennaris yang terpaksa berhadapan dengan Nani berjaya menyekat kemaraan pemain sayap Man United itu dari terus mengucar-kacirkan pertahanan Arsenal turut mendapat pujian daripada pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan Robin van Persie.

Kapten Arsenal, Robin van Persie berkata : “Saya melihat dia (Yennaris) berjaya menunjukkan peningkatan yang besar beberapa minggu kebelakangan ini.”

“Apa yang saya tertarik mengenainya ialah dia sentiasa melihat ke hadapan apabila mendapat bola. Dia seorang pemain bek kanan yang mahu bermain untuk membuka ruang bagi pemain lain – tidak ramai pemain bek kanan akan melakukan seperti itu dan ia satu perbezaan yang ketara.”

“Selain itu, Nani kurang memberi ancaman pada separuh masa kedua kerana berjaya dikekang oleh Nico (Yennaris). Seperti Alex (Song), dia boleh berbangga dengan mutu permainannya yang memberi persembahan yang hebat.”

Pemain muda Arsenal ini  bukan sahaja mampu bertahan dengan baik malah mampu melakukan gerakan untuk membantu bahagian serangan ke dalam kawasan lawan dan jelas Nico tidak kekok untuk bersaing dengan pemain-pemain bintang yang lain.

Nico Yennaris mula menyertai Arsenal ketika berusia 8 tahun ada bulan Mei 2001 merupakan pemain berdarah campuran Greek (bapanya) dan Cina (ibunya). Dia melakukan debutnya bersama skuad simpanan Arsenal pada 10 Februari 2010 ketika menentang Stoke City dan beraksi buat pertama kali dalam saingan Piala FA pada 9 Januari 2012 ketika Arsenal menewaskan Leeds United. Pada 23 Mac 2012 yang lalu, Yennaris telah dipinjamkan ke Notts County sehingga ke penghujung musim ini.

Yennaris sememangnya memiliki bakat yang besar dan masa depan yang cerah namun terpaksa bersaing dengan pemain bek kiri berpengalaman Arsenal, Bacary Sagna serta seorang lagi pemain muda, Carl Jenkinson. Namun, dalam 2-3 tahun akan datang pastinya Nico Yennaris mampu untuk mencabar Sagna dan Jenkinson serta  memberi masalah untuk Arsene Wenger membuat keputusan bagi mengisi posisi bek kanan Arsenal.

PROFIL PEMAIN

Nama : Nicholas Harry Yennaris

Tarikh Lahir : 24 May 1993

Tempat Lahir : Leytonstone, England

Posisi : Tengah bertahan / Bek kanan

Ketinggian : 1.74 meter

This entry was posted in Informasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply