[HOKI] IMPIAN SKUAD HOKI MALAYSIA KE OLIMPIK LONDON 2012 TERKUBUR

Impian skuad hoki negara beraksi di Sukan Olimpik London 2012 berkecai apabila diikat seri 1-1 oleh tuan rumah, Ireland di Dublin Sabtu lalu. Malaysia berjaya mendahului 1-0 menerusi Nabil Fiqri pada minit ke-40 sebelum Ireland menyamakan kedudukan menerusi jaringan pukulan sudut penalti John Jerymn 10 minit sebelum perlawanan tamat.

Meskipun gagal menempah tiket ke Olimpik London 2012 Ogos nanti, namun pujian harus dihamburkan buat skuad hoki negara yang dibarisi ramai pemain-pemain muda berjaya menampilkan aksi bertenaga sepanjang pusingan kelayakan berlangsung. Nama-nama seperti Muhammad Marhan Mohd Jalil, Faizal Saari, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan Azreen Rizal Nasir mula mencipta nama sebagai pemain berkelas dunia dan banyak membantu skuad negara pada kempen kelayakan kali ini.

Malaysia bermula baik apabila menguasai permainan dengan Tengku Ahmad Tajuddin beberapa kali mengasak kubu Ireland yang terpaksa menahan asakan pemain negara. Razie Rahim disebelah kanan berjaya mencipta peluang buat Faizal Saari di sebelah kanan menerusi hantaran panjang.

Ireland mencemaskan skuad negara apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-7 namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, S. Kumar. Timothy Cockram pula berjaya meloloskan diri dari tengah padang namun percubaan tersasar meskipun hanya S. Kumar menjadi halangan terakhir. Ireland terus mengasak dan dianugerah pukulan sudut penalti kedua pada minit ke-14 namun gagal menemui sentuhan.

S. Kumar terus cemerlang menafikan percubaan ke sudut atas sebelah kanan dari John Jeremyn manakala percubaan Eugene Magee pada minit ke-23 sedikit tersasar disebelah kanan gawang Malaysia. Ireland terus buntu menjaringkan gol meskipun dihadiah pukulan sudut penalti yang ketiga pada minit ke-36.

Nabil Fiqri akhirnya berjaya menemui sentuhan apabila mengambil kesempatan menolak bola dalam situasi kelam kabut di hadapan gawang Ireland pada minit ke-40. Ireland terus gagal manfaatkan peluang apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti yang keempat tujuh minit berselang.

Namun Ireland berjaya menjaringkan gol penyamaan  pada minit ke-60 selepas Fitri Saari dilayangkan kad kuning dan John Jeremyn berjaya menyudahkan pukulan sudut penalti ke-6 Ireland. Malaysia terus mengasak kubu Ireland untuk mencari gol kemenangan namun buntu menambah gol sehingga wisel penamat dibunyikan.

Meskipun gagal mengulangi pencapaian ke Olimpik London 2012 setelah kali terakhir Malaysia berjaya melayakan diri ke pentas sukan terbesar dunia itu 12 tahun yang lalu di Olimpik Sydney 2000. Namun kelibat generasi baru hoki Malaysia yang bakal mengantikan pemain-pemain senior seperti Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor, Muhamad Amin Rahim serta beberapa pemain lain yang bakal mengundurkan diri tidak lama lagi begitu memberansangkan.

Namun pemain yang paling mencuri tumpuan pastinya Fitri Saari, adik kepada Faizal Saari yang baru berusia 19 tahun yang telah menampilkan aksi yang mengagumkan setanding kualitinya dengan pemain senior seperti Azlan Misron ataupun Tengku Ahmad Tajuddin.

“Dia pemain utama saya, tiada dia dalam pasukan jelas nampak berbeza corak permainan kami,” kata jurulatih skuad remaja negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah yang turut bersama skuad negara di Dublin dan bertanggungjawab mengasah bakat Fitri Saari sejak dari awal.

Apa yang dinyatakan oleh Dharma itu memang ada benarnya kerana Fitri mampu mencorakkan rentak permainan skuad negara dan langsung tidak berasa gementar apabila diturunkan Beng Hai. Secara keseluruhannya, barisan pemain muda lain juga mempamerkan aksi terpuji seperti yang dikatakan pemain paling berpengalaman dalam skuad negara, Roslan Jamaluddin.

“Secara jujurnya sebelum menghadapi kempen kelayakan kali ini, ada perasaan bimbang di hati saya adakah kami semua terutama pemain muda mampu mengatasi tekanan beraksi di sini dan sekarang saya sudah ada jawapannya, mereka mampu mengatasinya,” kata Roslan Jamaluddin, penjaga gol veteran Malaysia.

“Semangat yang ditunjukkan oleh barisan pemain muda ini cukup bagus dan apa yang saya nampak, mereka akan memberikan yang terbaik apabila diberi peluang untuk diturunkan,” katanya lagi.

Sementara itu, Korea Selatan berjaya menewaskan Ireland 3-2 dalam perlawanan akhir sekaligus mengesahkan tiket terakhir ke Olimpik London 2012 manakala Malaysia pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga apabila membelasah Russia 6-1 semalam.

Incoming search terms:

  • nama pemain hoki malaysia
  • biodata faizal saari
  • biodata fitri saari
  • fitri saari biodata
  • hoki
  • biodata tengku ahmad tajuddin
  • biodata fitri saari pemain hoki
  • profil faizal saari
This entry was posted in Hoki and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply