[EPL] LIVERPOOL MENANTI KUNJUNGAN ARSENAL

Tatkala Liverpool masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Carling sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir menjulang Piala FA pada 2006 sementara Arsenal pula gah membenam musuh setempat dalam pertembungan Derby Utara London menewaskan Tottenham Hotpurs 5-2 di Emirates minggu lalu. Dalam pertembungan ini, kedua-dua pasukan bakal menurunkan kesebelasan utama bagi mencari 3 mata untuk mencerahkan peluang mengisi posisi ke-4 Liga Perdana Inggeris.

Arsene Wenger bakal membariskan skuad yang sama ketika Arsenal bangkit dari ketinggalan 0-2 sebelum berjaya menewaskan Spurs 5-2. Robin van Persie dan Thomas Vermaelen yang cedera dilapor cergas sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan menghadapi Liverpool malam ini. Namun Aaron Ramsey terpaksa disisih ekoran kecederaan semasa menyertai skuad kebangsaan Wales pertengahan minggu ini dan dijangka kembali pada 12 Mac ketika Arsenal menanti kunjungan Newcastle United.

Sementara itu, di kem Liverpool pula Kenny Daglish bakal kehilangan Steven Gerrard dan Glen Johnson yang mengalami kecederaan hamstring ketika England tewas 2-3 kepada Belanda pertengahan minggu ini. Pemain pertahanan tengah, Daniel Agger juga terpaksa diketepikan kerana mengalam kecederaan rusuk ketika ‘The Kops’ menewaskan Cardiff City minggu lalu dan bakal menyaksikan bek veteran, Jamie Carragher kembali mengisi kekosongan di pertahanan tengah.

BARISAN KEMUNGKINAN

PENGADIL : Mark Halsey

RAMALAN : Liverpool (1) vs Arsenal (1)

FAKTA MENARIK

  • Liverpool berjaya menewaskan Arsenal 2-0 di Emirates hasil jaringan sendiri Aaron Ramsey dan gol lewas Luis Suarez.
  • Arsenal berjaya memenangi lebih banyak perlawanan di tempat lawan berbanding di tempat sendiri (Stadium Emirates) musim ini.
  • Liverpool belum pernah tewas di Anfiend musim ini
  • Penjaring terbanyak Arsenal adalah Robin van Persie dengan 23 gol manakala penjaring terbanyak Liverpool ialah Craig Bellamy dan Luis Suarez yang berkongsi 6 gol.
  • Liverpool menduduk tangga terbawah dengan 8.6% peluang untuk menghasilkan jaringan.
  • Arsenal berada di kedudukan ke-4 Liga Perdana Inggeris dengan 46 mata manakala Liverpool di kedudukan ke-7 dengan 39 mata.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply