[EPL] INFO TROFI LIGA PERDANA INGGERIS-BARCLAYS

Trofi Liga Perdana Inggeris FA England merupakan trofi yang dianugerahkan kepada pemenang liga tertinggi bola sepak England. Trofi yang digunakan ini telah dibuat oleh Royal Jewellers Asprey of London seberat 25 kg (56 paun), berketinggian 76 cm (30 inci) dengan 43 cm (17 inci) lebar dan 25 cm (9.8 inci) dalam. Trofi ini diperbuat daripada perak tulen dan sepuhan perak manakala alas tiangnya menggunakan ‘malachite’ (batu hijau). Terdapat jalur perak disekitar lilitan alas tiang, yang mana nama-nama kelab yang memenangi akan diukir. Malachite berwarna hijau ini melambangkan hijau padang.

Reka bentuk trofi ini berdasarkan asal usul dan lambang kebangsawanan ‘The Three Lion’ yang berkaitan dengan bola sepak Inggeris. Dua singa yang terdapat diatas kedua-dua belah kiri dan kanan trofi dimana yang ketiga dilambangkan oleh ketua pasukan yang berjaya meraih kejuaraan dan mahkota emas  di atas trofi setiap hujung musim.

Sehingga kini, Manchester United muncul selaku pasukan paling banyak memenangi Liga Perdana Inggeris sejak diperkenalkan pada tahun 1993 memenangi 12 kali diikuti Arsenal dan Chelsea yang pernah menjulang kejuaraan ini sebanyak 3 kali sementara Blackburn Rovers pula merangkul trofi ini sekali pada musim 1994/95.

Liga Perdana Inggeris telah ditaja sejak tahun 1993. Penaja telah diberi hak istimewa dalam penamaan liga ini dimana terdapat terdapat 3 penaja sejak penubuhan liga ini :

  • 1993–2001 : Carling (FA Carling Premiership)
  • 2001–2004 : Barclaycard (Barclaycard Premiership)
  • 2004-2007 : Barclays (Barclays Premiership)
  • 2007–kini   : Barclays (Barclays Premier League)

Incoming search terms:

  • juara liga perdana english
  • paling banyak merangkul juara epl
  • senarai kejuaraan di EPL
  • trofi bpl
This entry was posted in EPL and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply