[EPL] ARSENAL MEMBURU 3 MATA BERHARGA DI EMIRATES

Arsenal bakal menanti kunjungan Newcastle United di Emirates awal pagi Selasa ini (waktu Malaysia). Skuad kendalian Arsenal berada dalam momentum terbaik apabila melakar kemenangan ke atas Spurs, Liverpool dan AC Milan dalam tiga perlawanan sementara Newcastle United pula pastinya mahu mencuri 3 mata untuk terus bersaing dalam pemburuan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

Wenger pastinya ceria setelah mendapat kembali khidmat beberapa pemain yang pulih dari kecederaan. Aaron Ramsey, Mikel Arteta dan Andre Santos kembali berada dalam skuad utama. Abou Diaby dan Yossi Benayoun terus disisihkan ekoran belum pulih sepenuhnya. Arteta dan Song dijangka kembali digandingkan manakala Oxlade-Chamberlain mengantikan Gervinho yang sedikit kurang menyerlah kebelakangan ini.

Sementara itu, The Magpies bakal kehilangan beberapa tonggak utama untuk tempoh masa yang panjang antaranya Peter Lovenkrands, Leon Best, Sammy Ameobi, Steven Taylor dan Sylvain Marveaux. Manakala Shola Ameobi kembali ke dalam skuad steleh direhatkan minggu lalu. Namun Alan Pardew dijangka dapat menurunkan kesebelan utama meraka terutama gandingan penyerang Demba Da dan Cisse.

Arsenal pastinya ingin memburu tiga bagi merapatkan jurang dengan Spurs yang berada di kedudukan ketiga liga yang dibezakan dengan empat mata. Namun, anak buah Alan Pardew yang terkenal dengan barisan pertahan yang kental dijangka tidak akan memberi laluan mudah namun rekod buruk Magpies kebelakangan ini bakal memberi kelebihan kepada Arsenal. The Gunners pastinya akan mengerah kudrat dengan diketuai oleh Robin van Persie untuk memburu sebanyak mungkin gol dalam perlawanan ini.

BARISAN KEMUNGKINAN

Pengadil : Howard Webb

Ramalan : Arsenal (3) vs Newcastle (1)

FAKTA MENARIK

  • Rekod pertemuan kedua-dua pasukan menyaksikan Newcastle menang 66 sementara Arsenal menang 65 dan 38 perlawanan berakhir dengan keputusan seri.
  • Arsenal tidak berjaya menewaskan Newcastle sejak 3 pertemuan lalu dalam Liga Perdana Inggeris di mana kemenangan terakhir pada Mac 2009.
  • Andy Carroll telah menjaringkan gol kemenangan Newcastle 1-0 dalam pertemuan terakhir di Stadium Emirates pada November 2010.
  • Tiga pemain Arsenal iaitu Laurent Koscielny, Abou Diaby dan Gervinho telah dilayangkan kad merah dalam tiga pertemuan terakhir menentang ‘The Magpies’.
  • Newcastle bolos 10 gol dalam 2 perlawanan terakhir mereka ketika tewas 5-2 kepada Fulham dan 5-0 di tangan Spurs.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply