[EPL-28] JARINGAN VERMAELEN CERIAKAN ARSENAL

Arsenal terus melebarkan rekod kemenangan dalam enam perlawanan terakhir dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila berjaya menewaskan Newcastle United di Emirates menerusi jaringan kemenangan Thomas Vermaelen pada masa-masa kecederaan. The Magpies pula terus malang ekoran prestasi yang tidak menentu dalam empat perlawanan kebelakangan ini menyaksikan mereka semakin jauh dari perebutan posisi keempat liga.

The Gunners yang berada di prestasi terbaik menurunkan kesebelasan terbaik menyaksikan pemain muda, Oxlade-Chamberlain terus diberi kepercayaan untuk bergandingan bersama Walcott bagi membantu Robin van Persie merobek kubu Newcastle. Sementara di bahagian tengah pula, Rosicky yang kembali ke prestasi sebenarnya apabila berjaya meledak dua dari tiga penampilan terakhirnya terus diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera tengan bersama Mikel Arteta yang pulih dari kecederaan serta Alex Song. Sementara itu, di bahagian pertahanan pula Koscielny dan Vermaelen terus bergandingan selaku pertahanan tengah manakala Gibbs dan Sagna mengisi posisi bek kiri dan bek kanan.

Anak buah Arsene Wenger bermula garang sebaik sahaja perlawanan dimulakan oleh pengadil, Howard Webb nyaris memperolehi gol awal pada minit ke-2 apabila hantaran lintang daripada Walcott gagal disambar kemas meskipun pertahanan Newcastle sudah pun tertewas. Namun, kelekaan benteng pertahanan mebolehkan Hatem Ben Arfa menjaringkan gol pendahuluan buat pelawat apabila berjaya melepaskan sepakan kencang yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Arsenal pada minit ke-13.

Arsenal tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan, giliran Robin van Persie pula mempamerkan sentuhannya seminit kemudian. Bermula dari serangan pantas di bahagian sayap kanan oleh Walcott, Robin van Persie bijak mengawal bola dan memperdaya pertahanan Newcastle, Williamson sebelum melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Magpies, Tim Krul.

Permainan terus didominasi oleh Arsenal dengan Newcastle sekali-sekala cuba untuk melakukan serangan namun kedua-dua pasukan buntu menambah jaringan. Tim Krul pula cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya Arsenal apabila menepis tandukan Rosicky pada minit ke-48 serta rembatan Robin van Persie pada minit ke-54 dan 57. Tomas Rosicky sekali terlepas peluang mencatat nama selaku penjaring apabila menerima hantaran cantik dar Walcott namun rembatannya pada minit ke-67 tersasar meskipun gawang Newcastle terbuka luas.

Bek kiri, Kieran Gibbs kembali menyerlah setelah gagal mempamerkan aksi sebenar sejak kembali dari rehat panjang ekoran kecederaan berjaya beberapa kali mencipta ruang buat Robin van Persie dan Rosicky. Tim Krul sekali berjaya menyelamatkan tandukan kencang Vermaelen yang mendapat umpanan dari Alex Song pada minit ke-89. Gol kemenangan yang ditunggu Arsenal tiba jua apabila hantaran lintang Walcott gagal dikeluarkan oleh pertahanan Newcastle pantas disambar oleh Vermaelen yang melepaskan rembatan kaki kiri untuk memberi 3 lagi mata berharga untuk Arsenal.

Kegembiraan ini turut dicemari dengan insiden layangan kad kuning kepada Robin van Persie yang membalas tindakan cuba melengah-lengahkan permainan oleh Tim Krul sebelum itu.

Kemenangan ini terus meletakkan Arsenal kini semakin menghampiri Spurs yang berkedudukan posisi ketiga cuma terpisah dengan satu mata namun masih diekori rapat oleh Chelsea yag berada di tempat ke-5 dengan perbezaan tiga mata. Barisan-barisan pemainan mula mempamerkan kualiti sebenar meskipun genggaman piala sudah terlepas namu perebutan posisi keempat liga juga penting untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

MAN OF THE MATCH : THEO WALCOTT

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply