[CORETAN] SURAT MIKEL ARTETA BUAT LIVERPOOL

Mikel Arteta telah menulis sepucuk surat terbuka kepada Liverpool bagi mengucapkan terima kasih kepada kelab dan penyokong-penyokong ‘The Red’ di atas sokongan semasa insiden mencemaskan di Anfield beberapa hari lalu. Pemain tengah Arsenal ini terpaksa dikeluarkan berikutan kecederaan yang dialaminya setelah berlanggar dengan Jordan Henderson.

Meskipun Arteta pulih namun akan direhatkan selama seminggu dan terlepas pertembungan Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan Arsenal mempamerkan persembahan bertenaga menewaskan AC Milan semalam. Pemain berusia 29 tahun itu merakan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya mendapatkan rawatan segera tempoh hari.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua di atas bantuan dan nilai persahabatan kepada saya pada Sabtu lalu,” kata Arteta di dalam suratnya.

“Selepas insiden itu, staf perubatan Asenal melakukan tugas yang cemerlang bersama paramedik di kelab bola sepak Liverpool. Dari Anfield, saya terus dibawa ke Aintree Hospital Universiti di mana mereka melakukan pemeriksan dengan teliti sebagai langkah berjaga-jaga.”

“Saya turut merakam ucapan terima kasih kepada Pepe Reina dan pemain-pemain Liverpool yang telah menghantar mesej sokongan dan persahabatan kepada saya di mana ia benar-benar menyentuh hati saya dan menunjukkan kelas mereka tersendiri sebagai antara kelab yang hebat.”

“Saya menghargainya. Saya tidak dapat mengambarkan betapa ia sungguh bermakna bagi saya,” kata Arteta lagi.

Sumber : www.wiselonline.com

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply