[CORETAN] SAYA MAHU BERMAIN UNTUK ARSENAL – DIEGO MARADONA

Diego Armando Maradona, pemain lagenda Argentina dan pemenang Piala Dunia 1986 mengakui dia merupakan peminat Arsenal dan dan hampir menandatangani kontrak bersama The Gunners ketika berusia 19 tahun. Bekas kapten Argentina ini turut tertarik dengan corak permainan ‘beautiful football’ yang diterap oleh Arsenal.

Menurut keratan akhbar, Diego Maradona bintang Argentina bernilai £4 juta mengakui : “Saya mahu bermain untuk Arsenal.”

Maradona dilaporkan menerima tawaran mengejut bernilai £7900 seminggu daripada Boca Juniors bagi menghalang bidaan yang dilakukan untuk membawanya ke Highbury yang diuruskan oleh Harry Haslam, bekas pengurus Luton Town dan Sheffield United.

Haslam yang mewakili Arsenal ke Amerika Selatan untuk memantau perkembangan mengenai bintang Argentina dan berhasrat membawanya ke London namun menghadapi masalah untuk merealisasi cita-cita itu.

Sementara itu, Maradona baru-baru ini turut mengakui kebenaran berita tersebut.

“Semasa saya berusia 19 tahun,  mereka (Arsenal) cuba untuk membeli saya dan beberapa pemain dari Argentina Juniors – pada ketika itu Ricky Villa dan Ossie Ardiles ditandatangani oleh Tottenham.”

“Namun ianya tidak berlaku. Saya selalu mengharap keajaiban ianya akan terjadi,” kata Diego Maradona kepada The Sun UK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This entry was posted in Coretan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply