[CORETAN] HATIKU MILIK ARSENAL – TOMAS ROSICKY

Tomas Rosicky menolak tawaran lumayan dari kelab China dan Russia untuk terus bersama Arsenal. Kapten Republik Czech itu bakal tamat kontraknya musim depan tetapi menandatangani kontrak baru bersama Gunners awal minggu ini. Bagaimanapun Rosicky, 31, mendedahkan dia hampir meninggalkan Arsenal pada hari terakhir musim ini sebelum berubah hati.

“Arsenal membuatkan saya pergi ke satu tahap di mana saya hanya mempunyai enam bulan daripada baki kontrak saya dan saya boleh bercakap dengan sesiapa yang saya mahukan,” katanya.

“Ia mula menjadi semakin menarik kerana saya diberikan tawaran lumayan. Ia membuat saya tergoda tetapi saya perlu mengatakan bahawa Arsenal adalah keutamaan saya.

“Dalam kedua-dua kes, ia membabitkan satu jumlah yang besar jadi anda perlu melayannya dan ia bukan sesuatu yang mudah.”

“Saya memikirkannya beberapa hari tetapi wang bukan segala-galanya. Saya gembira dapat meneruskan karier bersama Arsenal.”

Rosicky turut menolak andaian mengenai prestasi membanggakannya kerana dia perlu membuktikan kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger bahawa dia layak mendapatkan kontrak baru itu.

“Saya tiada apa-apa kaitan dengannya. Saya sihat, bermain di bahagian tengah padang dan mengekalkan rentak menerusi aksi berterusan. Itu semua sangat penting,” katanya.

“Apabila anda bermain hanya dua minggu sekali, ia begitu sukar. Saya sedar, saya tidak boleh mengendalikan semua perlawanan semusim tetapi rentak permainan menerusi pembabitan dalam sekurang-kurangnya satu perlawanan seminggu amat penting.

“Apatah lagi, saya sudah memberitahu pengurus yang saya akan bersama pasukan ini,” tambah Rosicky lagi.

Sumber : www.hmetro.com.my

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply