[BULETIN] THEO WALCOTT BALAS KEPERCAYAAN WENGER

Arsene Wenger mendedahkan beliau nyaris mengeluarkan pemain sayap England, Theo Walcott bagi melindungi pemain itu dari terus menjadi mangsa kemarahan peminat akhirnya berjaya menjaringkan dua gol ketika Arsenal bangkit membelasah Spurs 5-2. Meskipun Walcott dikecam oleh penyokong-penyokong Arsenal sepanjang separuh masa pertama kerana gagal memberi impak namun pengurus Arsenal terus memberi kepercayaan kepada pemain berusia 22 tahun itu.

“Penonton mula mengejek Walcott dan anda tertanya jika anda membantunya jika anda terus membiarkan dia bermain. Tapi saya fikir yang dia ada kualiti yang berdasarkan apa yang disembunyikan oleh seluruh pasukan, dapat membantu dirinya melepasi pertahanan lawan.” kata Wenger.

“Tiada pemain lain seperti dia. Dia jenis pemain yang ada gaya permainan terus. Dia boleh gagal dalam sentuhan pertamanya tapi melihat kepada keseimbangan pasukan, ia penting untuk mengekalkannya dalam pasukan.” tambah pengurus berbangsa Perancis itu lagi.

Sementara itu, Wojciech Szcsesny turut mempertahankan Walcott ekoran prestasi yang tidak konsisten. Szczesny percaya persembahan Walcott akan meningkat terutama sentuhan penyudah di hadapan gol kerana pemain sayap England itu berlatih dengan gigih dan menjaringkan banyak gol semasa sesi latihan.

“Theo menjaring dua gol yang hebat seperti mana yang peminat inginkan. Dia bermain dengan baik cuma sentuhan penyudahnya kurang tajam. Dia perlu diberi peluang untuk memperbaik prestasinya.” kata Szczesny.

“Dia memiliki sikap yang baik dan merupakan antara pemain yang gigih semasa latihan.Dia berusa keras untuk mempertingkat prestasinya, menjaringkan banyak gol semasa sesi latihan dan memerlukan sedikit tumuan untuk menjaringkan gol dalam perlawanan sebenar.Kami berharap agar Theo terus beraksi di tahap sebenar sekaligus membantu Arsenal untuk memenangi perlawanan demi perlawanan.” tambah penjaga gol kebangsaan Poland lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply