[BULETIN] TOMAS ROSICKY TERUS KOMITED BERSAMA THE GUNNERS

Arsenal dengan rasminya mengumumkan bahawa pemain tengah, Tomas Rosicky telah menandatangai kontrak baru bersama Arsenal. Kapten Republik Czech terus memberi komitmen bersama The Gunners di mana dia telah mempamerkan persembahan yang bertenaga menjaringkan 2 goal dari 3 perlawanan terakhir ketika menentang Spurs dan AC Milan.

Rosicky menyertai Arsenal pada Mei 2006 dari Borussia Dortmund telah melakukan 156 kemunculan bersama skuad kendali Arsene Wenger dengan menjaringkan 19 gol. Dalam 28 perlawanan kebelakangan ini dia diberi tugas untuk mengerak jentera tengah Arsenal.

Manakala di peringkat antarabangsa pula, pemain berusia 31 tahun ini telah bermain 85 kali untuk Republik Czech membuat penampilan dalam Kejohanan Eropah EURO pada tahun 2000 dan 2004 serta Piala Dunia 2006 di mana dia mula diberi tugas selaku kapten pasukan.

Mengulas mengenai lanjutan kontrak ini, Rosicky berkata : “Ia merupakan satu penghormatan untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal, kelab yang saya sayangi dan saya bangga memakai jersi Arsenal. Saya merasakan ia seperti rumah saya sejak saya datang 6 tahun yang lalu dan tiada yang lebih mengembirakan selain terus komited dengan masa depan bersama pasukan ini.”

“Pengurus, rakan sepasukan, staf dan penyokong – semua memainkan peranan untuk menjadi kelab ini hebat dan saya merasai kelebihan menjadi sebahagian daripadanya. Saya percaya kami memilki kumpulan pemain yang berbakat dan sentiasa bersama bakal memiliki masa depan yang cerah. Impian saya untuk memenangi kejuaraan bersama Arsenal dan saya akan berjuang dengan gigih untuk mencapai impian saya.”

Sementara itu, Arsena Wenger turut gembira dengan berita ini, “Saya merupakan peminat atas kelebihan istimewa Tomas dan saya gembira kerana dia terus komited dengan masa depan bersama kelab ini. Saya percaya dia merupakan seorang pemain yang luar biasa, memiliki bakat bola sepak semulajadi pada kelas yang tersendiri.”

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply