[BULETIN] LAGENDA ARSENAL TERBANG KE LONDON UNTUK MENZIARAHI MUAMBA

Penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry telah mengharungi perjalanan sejauh 5000 batu dari Utah, Amerika Syarikat untuk mengunjungi Fabrice Muamba di Hospital Chest London pada Rabu lalu bagi memberi semangat dan sokongan moral kepada bekas rakan sepasukannya di Arsenal pada musim 2005.

Henry yang beraksi bersama New York Red Bulls menentang Red Salt Lake di Utah pada Ahad lalu mengambil penerbangan ke London dan akan kembali ke New York untuk beraksi menentang Colarado pada Ahad ini.

Meskipun keletihan dengan aksi perlawanan yang padat, Henry meluangkan beberapa jam untuk bersama dengan pemain tengah Bolton itu yang dilaporkan sudah kembali stabil dan boleh bernafas tanpa alat bantuan pernafasan.

Fabrice Muamba, pemain tengah Bolton berusia 23 tahun itu melalui tempoh 78 minit yang mencemaskan ketika rebah setelah mengalami serangan jantung semasa perlawanan suku akhir Piala FA Sabtu lalu. Pemain skuad England B-23 kemudiannya dikejarkan ke Pusat Serangan Jantung, Hospital Chest London untuk mendapatkan rawatan susulan setelah diberi rawatan kecewasan oleh paramedik di Stadium White Hart Lane.

Sementara itu, barisan pemain Arsenal turut memakai baju yang tertera perkataan ‘In Our Thoughts, Fabrice’ sebagai tanda sokongan buat bekas pemain Arsenal itu semasa sesi memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Everton kelmarin.

Terdahulu, Fabrice Muamba menyertai akademi Arsenal pada 2002 sebelum menandatangani kontrak professional bersama Arsenal pada Oktober 2005. Pemain muda England ini kemudiannya menyertai Bolton Wanderers pada 16 Jun 2008 dengan yuran perpindahan bernilai  £5 juta.

Selain itu, beberapa kelab-kelab Eropah yang lain terus menyampaikan mesej sokongan berterusan buat Fabrice Muamba antaranya Spurs, pasukan yang beraksi menentang Bolton semasa insiden yang menimpa Muamba berlaku.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply