[BULETIN] PARK CHU-YOUNG DIBENARKAN UNTUK MENANGGUHKAN LATIHAN KETENTERAAN

Korea Selatan telah membenarkan penyerang Arsenal, Park Chu-Young yang juga merupakan pemain kebangsaan Korea Selatan untuk menangguhkan kewajipan latihan ketenteraan sehingga 10 tahun akan datang. Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera Korea Selatan berkata pada Jumaat lalu bahawa visa 10 tahun Park Chu-Young bermastautin di Monaco bermakna dia boleh memulakan latihan ketenteraannya sehingga 2022.

Park Chu-Young telah menyertai AS Monaco pada 2009 dan bermain bersama kelab Perancis itu selama 2 musim sebelum berhijrah ke Emirates musim panas lalu. Park yang berusia 26 tahun sepatutnya perlu memulakan latihan ketenteraan sebelum umurnya mencecah 28 tahun samada pada tahun ini atau selewat-lewatnya tahun hadapan.

Latihan ketenteran ini diwajibkan oleh kerajaan Korea Selatan ke atas semua lelaki warga Korea Selatan untuk menjalani latihan ketenteraan selama 2-3 tahun dalam perkhidmatan tentera sebelum mencecah umur 30 tahun atau berhadapan dengan hukuman penjara atau dilucutkan kewarganegaraan.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply