[BULETIN] VITO MANNONE BERJAYA MEMADAM REKOD 104 TAHUN

Penjaga gol muda Arsenal yang kini dipinjamkan ke Hull City pada 4 Januari lalu telah menampilkan aksi yang cemerlang dan berjaya memadamkan rekod tidak bolos paling lama selama 9 jam 44 minit dalam saingan Liga Kejuaraan Divisen Satu. Vito Mannone dilihat antara prospek penjaga gol Arsenal bersama James Shea untuk menjadi penganti kepada Wojciech Szczesny.

Meskipun kini, Mannone merupakan pilihan keempat selepas Szczesny, Fabianski dan Almunia yang menyaksikan dia kembali ke Hull City selaku pemain pinjaman namun penjaga gol muda ini berjaya menampilkan aksi yang terpuji dan menjadi pilihan pertama di Hull City.

Penjaga gol berusia 24 tahun ini tidak dibolos selama 6 perlawanan sebelum sebelum pemain Blackpool, Thomas Ince berjaya mebolosi gawang pada 2 Mac lalu. Pencapaian ini merupakan antara pencapaian hebat oleh Mannone kerana berjaya memadamkan rekod 104 tahun sejak kali terakhir dilakukan pada 1908 sekaligus berjaya membantu Hull City memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Kejuaraan.

Mannone juga secara peribadi menghamburkan pujian kepada rakan-rakan sepasukan yang membantu beliau sepanjang perlawanan kerana semangat sepasukan yang ditunjukkan memberi keputusan yang cemerlang buat Hull City.

“Ia sesuatu yang hebat apabila anda tidak dibolosi dalam beberapa perlawanan meskipun gagal untuk mencatatkan kemenangan, kata bekas penjaga gol Itali B-21 itu.”

“Bermain bersama barisan pertahanan yang kental dan mereka banyak membantu saya. Dan sepanjang enam perlawanan ini, saya lihat mereka bertungkus-lumus dalam usaha untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.”

“Kami sungguh berbangga terutama sehingga kini Hull City turut berjaya memperbaiki kedudukan dalam liga. Saya pernah bermain lima kali bersama skuad Itali B-21 dan beberapa kali dalam skuad Arsenal tetapi tidak pernah bermain enam perlawanan berturut-turut.”

“Selaku penjaga gol, tidak dibolosi adalah satu kejayaan yang diinginkan. Tugas saya menghalang bola dari masuk ke dalam gawang gol di mana saya turut mendapat bantuan yang besar oleh rakan-rakan sepasukan,” ujar Mannone lagi.

Pencapaian dan persembahan mantap yang ditampilkan oleh Vito Mannone ini seharusnya membuka mata Wenger untuk memberi lebih peluang buat pemain kelahiran Itali ini untuk menyerlahkan bakatnya sekaligus menjadi pencabar kepada Wojciech Szczesny.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply