[BULETIN] ARSENE WENGER DIPILIH PENGURUS TERBAIK BARCLAYS BAGI BULAN FEBRUARI

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah dipilih sebagai Pengurus Terbaik Barclays untuk bulan Februari berdasarkan rekod tanpa kalah serta berjaya mengukuhkan cengkaman di posisi ke-4 Liga Perdana Inggeris. Trofi ini adalah yang ke-12 sepanjang kariernya sebagai pengurus Arsenal meskipun berdepan pelbagai kritikan dari pelbagai pihak ekoran kemarau kejuaraan Arsenal yang memasuki tahun ke-7.

Arsenal diikat seri 0-0 oleh Bolton di gelanggang lawan sebelum bangkit menampilkan aksi bergaya membelasah Blackburn Rovers 7-1 di Stadium Emirates hasil sentuhan hatrik Robin van Persie dan 2 gol dari pemain muda, Oxlade-Chamberlain serta satu gol dari Mikel Arteta dan Thierry Henry. Kunjungan ke Sunderland menyaksikan Arsenal berjaya meraih 3 mata  apabila menewaskan anak buah martin O’Neill 2-1.

Anak buah Wenger menutup bulan Februari dengan mempamerkan aksi pada kelas yang tersendiri setelah ketinggalan 0-2 sebelum bangkit menewaskan musuh setempat, Tottenham Hotspurs di Emirates menerusi jaringan Bacary Sagna dan Robin van Persie pada separuh masa pertama disusuli gol Tomas Rosicky manakala Theo Walcott menjaringkan 2 gol sekaligus mematikan semangat melawan Spurs.

Pengiktirafan ini dilakukan oleh panel Penilaian Barclays termasuk pegawai-pegawai dari FA England dan rakan media tempatan serta peminat-peminat.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply