[BULETIN] ARSENE WENGER DIGANTUNG TIGA PERLAWANAN OLEH UEFA

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah digantung tiga perlawanan dan didenda €40,000  (£33,340) selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin dan Kawalan UEFA kerana mengkritik Damir Skomina selepas perlawanan ketika Arsenal menang 3-0 ke atas AC Milan di Emirates pada 6 Mac lalu. Tindakan Wenger itu lantaran rasa tidak puas hati terhadap pengadil dari Slovenia itu yang kerap menghadiahkan sepakan percuma kepada Milan.

Pengantungan ini akan berkuatkuasa pada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan meyaksikan Arsenal bakal beraksi tiga perlawanan tanpa kelibat Wenger dibangku simpanan. Pengurus berbangsa Perancis itu mempunyai tiga hari untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Disiplin dan Kawalan UEFA.

“Ia tidak wajar dan saya akan terus mengemukakan rayuan,” kata Wenger.

Tahun lalu, Arsene Wenger turut digantung dua kali apabila mengunakan bahasa yang kesat ke atas pengadil Switzealand, Massimo Busacca ketika Arsenal tewas 1-3 kepada Barcelona di Nou Camp dan kerana berkomunikasi secara langsung dengan Bora Primorac ketika perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah 22 Ogos tahun lalu.

Sumber : www.uefa.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply