[BULETIN] ARSENAL BERSEDIA UNTUK BERBELANJA MUSIM PANAS NANTI

Pengerusi Arsenal, Peter Hill-Wood percaya Robin van Persie gembira dengan kehidupan di London dan memberi jaminan kepada peminat kelab bahawa Arsenal bersedia untuk melabur wang untuk membina skuad yang mantap musim panas ini.

Masa depan Robin van Persie tidak menentu lantaran kontraknya bakal tamat pada 2013, di mana seolah-olah bergantung kepada kesediaan Arsenal untuk melabur dalam skuad musim panas ini, dan Hill-Wood telah memberitahu Daily Star bahawa beliau berharap pemain Belanda akan terus kekal Arsenal.

“Saya rasa Robin dan keluarganya amat gembira di London dan saya tidak fikir dia didorong semata-mata oleh kerana wang seperti kebanyakan pemain,” kata Peter Hill-Wood.

Mengulas mengenai potensi pemain untuk ditandatangani, Hill-Wood berkata : “Jika kami menemui pemain yang benar-benar sesuai, kami bersedia mengeluarkan perbelanjaan. Kami memiliki sumber kewangan yang mencukup tapi bukan untuk harga yang bodoh.”

Sementara itu, Andrei Arshavin telah mendedahkan dia tidak sabar-sabar untuk kembali ke Stadium Emirates apabila perjanjian pinjaman bersama Zenit St. Petersburg tamat tetapi ingin jaminan untuk berada dalam skuad utama Arsenal.

“Saya mahu pulang. Keluarga saya adalah selesa di London, tetapi semua pemain bola mahu diberi peluang untuk beraksi,” kata Arshavin.

Sumber : www.soccernet.espn.go.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply