[BADMINTON] KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN TERBUKA ALL ENGLAND YONEX 2012

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri akibat kecederaan bahu dan memberi kemenangan mudah buat seterunya dari China, Lin Dan di perlawanan akhir perseorangan lelaki semalam sekaligus gagal merangkul kejuaraan ketiga di Arena Sukan Tertutup Birmingham.

Perlawanan tampak seimbang dengan corak permainan bermutu ditampilkan oleh kedua-dua pemain yang berada di ranking pertama dan kedua BWF menyaksikan kedudukan mata terikat 19-19 sebelum Lin Dan berjaya memenangi set pertama dengan 21-19. Lee Chong Wei cuba mempamerkan kebangkitan namun kecederaan bahu yang di alaminya memaksa beliau menarik diri di set kedua ketika ketinggalan 6-2.

“Saya mengalami kesakitan di bahu sebelum perlawanan bermula lagi walaupun saya bermain baik di set yang pertama. Malangnya, saya tidak dapat menyerang lagi jadi saya mengambil keputusan untuk menarik diri. Saya kecewa tetapi saya telah mencuba yang terbaik hari ini,” kata Lee Chong Wei.

Sementara itu, lawannya Lin Dan nyata gembira dengan kemenangan tersebut berharap agar Lee Chong Wei segera sembuh dan ingin membuat perhitungan sekali lagi di Sukan Olimpik 2012 di London nanti. Mereka sempat bertukar jersi seperti pemain bola sepak. Chong Wei mengambil keputusan itu untuk mengelakan kecederaan yang lebih teruk sekaligus menjejaskan misi meraih pingat emas di Sukan Olimpik nanti.

Sementara itu, benua Asia terus mendominasi sukan badminton dengan China memenangi 3 acara manakala Indonesia dan Korea Selatan memenangi satu acara. Harapan wakil Eropah digalas oleh pemain beregu campuran Denmark, Kamilla Rytter-Juhl dan Thomas Laybourn tewas tipis di tangan gandingan Indonesia Liliyana Natsir dan Tontowi Ahmad 21-19 dan 21-17.

Dalam acara beregu lelaki, pasangan Korea Selatan berada di ranking kedua dunia, Jung Jae Sung dan Lee Yong Dae bangkit dari kekalahan set pertama sebelum menang dua set berikutnya mengecawakan gandingan no.1 dunia dari China, Cai Yun dan Fu Haifeng 22-24, 21-9 dan 21-14 dalam masa 66 minit.

Namun China berjaya meraih kejayaan dalam acara perseorangan wanita menerusi Li Xuerui yang mencipta kejutan menewaskan rakan senegaranya yang juga merupakan pemain no.1 dunia, Wang Yihan 21-13 dan 21-19 yang mengambil masa 45 minit. Manakala dalam acara beregu wanita, pasangan China bertemu sesama sendiri menyaksikan gandingan Tian Qing dan Zhao Yunlei mudah mengenepikan pasangan Yu Yang dan Wang Xiaoli 21-17 dan 21-12.

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN TERBUKA ALL ENGLAND YONEX 2012

PERSEORANGAN LELAKI

Lee Chong Wei (1) tewas Lin Dan (2) – 19-21, 2-6-menarik diri (31min)

PERSEORANGAN WANITA

Li Xuerui (7) menang Wang Yihan (1) – 21-13, 12-19 (45min)

BEREGU LELAKI

Jung Jae Sung + Lee Yong Dae mng Cai Yun + Fu Haifeng – 22-24, 21-9, 21-14 (66min)

BEREGU WANITA

Tian Qing + Zhao Yunlei mng Wang Xiaoli + Yu Yang – 21-17, 21-21 (39min)

BEREGU CAMPURAN

T. Ahmad + Liliyana Natsir mng T. Laybourn + K. Rytter-Juhl  -21-17, 21-19 (43min)

Incoming search terms:

  • kejohanan dunia bafminton 2012
This entry was posted in Badminton and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply