[PERSPEKTIF] SKUAD ARSENAL KINI AKAN BERJAYA – VERMAELEN

Thomas Vermaelen yakin bahawa skuad Arsenal kini mempunyai kemampuan untuk menjulang kejuaraan jika mengekalkan etika kerja dan semangat sepasukan. Skuad bimbingan Arsène Wenger berjaya menewaskan Tottenham Hotspurs, Liverpool dan AC Milan dalam tiga perlawanan terakhir mengenepikan kekecewaan tewas di San Siro dan Sunderland pertengahan Februari lalu sekaligus menutup harapan menjualang kejuaraan musim ini.

Arsenal berada di tahap terbaik ketika menewaskan Milan dan Spurs di mana kunci kejayaan adalah keinginan untuk mengasak lawan dan kerja kuat dalam mengawal permainan adalah kunci kejayaan pada masa depan.

“Anda boleh lihat jika kami bertarung habis-habisan dengan kualiti yang kami ada. Jika kami berusaha bersungguh-sungguh dan anda lihat kami mampu menundukan AC Milan yang berada di persada Seria A dengan jaringan 3-0 di lama sendiri, jadi ia sesuatu yang boleh dibanggakan,” kata Vermaelen.

“Saya percaya kepada skuad ini meskipun tanpa Jack Wilshere, yang merupakan antara pemain berkelas dunia dan Per Mertesacker, seorang lagi pemain yang hebat.”

“Kami telah kehilangan ramai pemain hampir keseluruhan musim dengan perbagai kecederaan, jadi jika kita dapat mengekalkan tahap kecergasan anda boleh lihat kemampuan sebenar skuad ini. Saya benar-benar yakin bahawa kita dapat mencapai sesuatu beberapa tahun lagi.”

“Sukar untuk menyatakan mengenai perubahan. Apa yang lebih penting adalah melihat kehadapan, dan terus bermain dan bermain. Dan jika kami ingin menamatkan liga dikedudukan ketiga atau keempat, kami perlu kekal fokus untuk menghadapi perlawanan mendatang. Dan apa yang penting sekarang ini adalah untuk menghadapi Newcastle dan berusaha untuk memenangi perlawanan tersebut.”

“Kami akan bersama-sama, ketika di dalam bilik persalinan setiap hari dan berbicara setiap hari. Kami berbual mengenai situasi, dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Jika tidak, kami bukan seorang yang professional,” tegas Vermaelen lagi.

Sumber : www.arsenal.com

Incoming search terms:

  • skuad arsenal
This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply