[INFO] 10 PERTAHANAN TERBAIK ARSENAL SEPANJANG ZAMAN

Arsenal merupakan antara kelab paling berjaya dalam Liga Perdana Inggeris di mana kejayaan turut disokong oleh gandingan barisan pertahanan yang mantap. Pemain pertahanan bukan sekadar menahan asakan dan menangkis serangan dari pihak lawan namun turut memainkan peranan dalam membantu jentera serangan. Beberapa tahun kebelakang bahagian pertahanan sering menjadi isu yang hangat diperkatakan.  Di sini disenaraikan 10 pertahanan terbaik Arsenal sepanjang zaman.

1-TONY ADAMS (ENGLAND)

Pemain pertahanan ini digelar selaku ‘Mr. Arsenal’ telah melakukan 669 penampilan bersama The Gunners  dan memenangi 10 kejuaraan utama dalam tiga dekad berbeza dari 1983 hingga 2002. Tony Adams adalah segala-galanya dan merupakan kapten Arsenal sepanjang zaman sentiasa bersemangat di dalam dan di luar padang  menjadi tonggak kejayaan pasukan.

Tony Adams menjadi simbol kekentalan barisan pertahanan Arsenal sehinggal digelar sebagai ‘patung raksasa saya’ oleh bekas pengurus Arsenal, George Graham. Beliau memiliki kemahiran bertahan yang bagus dan turut menjaringkan 48 gol sepanjang kariernya bersama Arsenal.

Pemain kelahiran Romford ini mula menjadi kapten  Arsenal pada 1 Januari 1988 ketika baru berusia 21 tahun telah memberi impak yang tidak terhingga kepada pasukan. Antara koleksi kejuaraan yang pernah dijulang oleh Tony Adams ialah empat kejuaraan Liga Perdana (1988/89,1990/91,1997/98,2001/02), tiga Piala FA (1993,1998,2002) dan dua Piala Liga (1997,1993) serta satu kejuaraan Piala Eropah pada 1994.

Kebolehan dan kepimpinannya membolehkan Tony Adams dipilih selaku antara pemain terbaik Arsenal sepanjang zaman di mana telah menjulang 9 daripada 10 kejuaraan bersama Arsenal selaku kapten. Tony Adams akan terus kekal diingati dan merupakan antara produk akademi Arsenal yang paling menyinar dalam bola sepak Inggeris.

2-DAVID O’LEARY (ENGLAND)

David O’Leary bukanlah merupakan pemain yang memiliki fizikal terbaik mahupun seorang kapten unggul. Dan dia tidak memenangi banyak kejuaraan seperti pemain yang lain dan bukan sebahagian daripada skuad The Invincibles. Namun, corak persembahan penuh dedikasi serta kesetiaannya bersama pasukan dengan beraksi dalam 722 perlawanan sepanjang 20 tahun (1973-1993) bersama The Gunners merupakan pemain yang paling banyak melakukan kemunculan bersama Arsenal.

Arsenal berada di zon penyingkiran ketika anak jati London ini melakukan debut bersama Arsenal pada 16 Ogos 1975 dan berjaya The Gunners kembali bersaing dalam saingan liga. Dan selama 20 tahun beraksi bersama Arsenal, beliau tampil selaku antara pemain yang paling konsisten, berjuang sepenuh hati untuk mendapat kembali posisinya setelah diketepikan ekoran kecederaan.

Berkat kegigihannya, beliau kembali menjadi pilihan dalam skuad utama The Gunners dan terus mencurah keringat sehingga usia mencecah 30 tahun. David O’Leary merupakan satu lagi produk Arsenal yang menyerlah dan telah membantu pasukan menjulang dua Kejuaraan Liga (1988/89,1990/91), dua Piala FA (1979,1993) dan dua Piala Liga (1987,1993) serta turut menyumbang 14 sepanjang karier bersama Arsenal. Dan tidak dinafikan, beliau merupakan antara pemain terbaik Arsenal sepanjang zaman.

3-SOL CAMPBELL (ENGLAND)

Sol Campbell merupakan salah seorang pertahanan terbaik yang pernah dimiliki oleh Arsenal sejak menyertai Arsenal pada musim panas 2001 telah beraksi sebanyak 197 kali bersama The Gunners dan turut menjaringkan 11 gol. Beliau telah memenangi 2 kejuaraan Liga Perdana (2001/2002,2003/04) dan satu kejuaraan Piala FA pada 2004 sepanjang 5 tahun bersama Arsenal.

Gandingannya bersama Kolo Toure selaku pertahanan tengah berjaya membentuk kekentalan di bahagian pertahanan menjadi tulang belakang kejayaan The Invincible satu musim tanpa kalah dengan memenangi trofi Liga Perdana Inggeris pada 2003/04. Susuk tubuh yang tegap dan tinggi merupakan satu kelebihan dalam mengekang asakan dari jentera serangan lawan terutama situasi bola tinggi. Jika tidak kerana beraksi dalam tempoh masa yang singkat, pastinya dia akan berada pada kedudukan yang lebih baik.

4-PAT RICE (IRELAND)

Pat-Rice-julang-Piala-FA-1971Pemain kelahiran Belfast, Ireland ini menyertai Arsenal ketika berusia 15 tahun pada 1964 dan memulakan debut ketika Arsenal menewaskan Burnley 2-1 dalam saingan Piala Liga pada 5 Disember 1967. Pemain bek kiri Arsenal berjaya menjulang kejuaraan berganda, Kejuaraan Liga dan Piala FA pada 1970/71, musim pertama beliau diserapkan ke dalam skuad utama. Selepas itu, Pat Rice terlepas beberapa kejuaraan apabila tewas di pentas akhir sehingga tahun 1979.

Pat Rice telah dilantik menjadi kapten Arsenal pada 1977 dan berjaya menjulang kejuaraan Piala FA pada 1979 selepas Arsenal berjaya menewaskan Man United 3-2 di perlawanan akhir namun terlepas peluang untuk menjulang Piala Eropah UEFA pada tahun 1980. Pat Rice seorang pemain yang terkenal dengan sikap kerja keras dan rendah diri telah melakukan 528 kemunculan bersama Arsenal sepanjang (1967-1980) dengan menjaringkan 13 gol. Bagai sireh pulang ke gagang, Pat Rice kembali menyertai kem kejurulatihan Arsenal pada 1984 setelah empat tahun meninggalkan The Gunners.

5-LEE DIXON (ENGLAND)

Lee Dixon merupakan pemain bek kanan berjaya memberi impak positif setiap perlawanan yang disertainya di mana menyertai Arsenal pada Januari 1988 dari Stoke City. Pemain kelahiran Manchester ini merupakan pemain keempat yang terbanyak beraksi bersama Arsenal telah melakukan penampilan 619 serta menjaringkan 28 sepanjang karier bersama The Gunners dari 1988 hingga 2002.

Bersama Arsenal, beliau merupakan antara tonggak utama Arsenal yang telah menjulang pelbagai piala antaranya, 4 trofi kejuaraan Liga Perdana (1988/89,1990/91,1997/98,2001/02), 3 Piala FA (1993,1998,2002) dan Piala Eropah (1994).

Kebolehan mengguna kedua-dua kaki dengan baik serta kelincahan dalam mengekang serangan pihak lawan serta melakukan pintasan di sampan sering melakukan ‘overlapping’ dalam membantu jentera serangan.

6-MARTIN KEOWN (ENGLAND)

Pemain kelahiran Oxford ini merupakan seorang lagi produk akademi bola sepak sepak Arsenal dan mula melakukan debut bersama skuad utama The Gunners pada 23 November 1985 ketika menentang West Bromwich Albion.

Martin Keown terkenal dengan kelebihan fizikal nejadikan antara pertahanan kental yang digeruni oleh lawan di samping mempunyai kepantasan dan kemahiran melakukan terjahan yang sangat baik.

Meskipun terdapat ramai pemain pertahanan yang bijak dan memimpin taktikal, namun tidak ramai yang mampu menandingi kehebatan menguasai tekanan di kawasan pertahanan.

Martin Keown telah melakukan 449 penampilan sepanjang 20 tahun karier bersama The Gunners dan menjaringkan 8 gol. Antara koleksi kejuaraan yang pernah dijulang bersama Arsenal ialah tiga trofi Liga Perdana Inggeris (1997/98,2001/02,2003/04) dan 3 trofi Piala FA (1998,2002,2004).

7-NIGEL WINTERBURN (ENGLAND)

Nigel Winterburn merupakan pemain bek kiri terbaik yang pernah dimiliki oleh Arsenal yang mula menyertai Arsenal pada musim panas 1987 sehingga tahun 2000 dengan beraksi bersama Arsenal dalam 584 penampilan dengan menjaringkan 12 gol.

Beliau berjaya membentuk gandingan mantap di barisan pertahanan pada penghujung tahun 80-an dan sepanjang 90-an bersama Tony Adam, Lee Dixon dan Martin Keown.

Anak kelahiran Arley, Warwickshire ini telah menjulang tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (1988/89,1990/91,1997/98), dua Piala FA (1993,1998) dan satu Piala Liga (1993) serta satu Piala Eropah UEFA (1994) sepanjang kariernya bersama Arsenal. Kehebatan dan bakat semulajadi yang dimilikinya kekal diingat oleh peminat-peminat Arsenal yang sering membantu bahagian serangan di sebelah kiri.

8-FRANK McLINTOCK (SCOTLAND)

Arsenal juara Piala Inter Cities Fair 1970Frank Mclintock memulakan karier bersama Arsenal dengan yuran perpindahan £80,000 dari Leicester City pada 1964. Pemain kelahiran Glasgow ini merupakan seorang pemain sayap sebelum diletakkan selaku pertahanan tengah ekoran krisis kecederaan di bahagian pertahanan Arsenal pada musim 1969/70. McLintock mula diberi kepercayaan memakai lilitan kapten pada 1967 ketika skuad berada di bawah kendalian Bertie Mee dan membantu Arsenal menewaskan Anderlect dalam perlawanan akhir Piala Inter-City Eropah pada 1970.

Tahun berikutnya, Mclintock terus cemerlang membantu Arsenal memenangi kejuaraan berganda, Kejuaraan Liga dan Piala FA di mana beliau menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Sepanjang karier, beliau menjaringkan 32 gol dalam 403 penampilan bersama Arsenal serta turut diberi pengiktirafan dengan dianugerah ‘Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Penulis Bola Sepak Inggeris’ dan pingat MBE (Member Of British Empire) pada tahun 1972.

9-ASHLEY COLE (ENGLAND)

Anak jati London ini merupakan penyokong Arsenal sejak dari kecil lagi adalah sebahagian daripada skuad The Invincibles yang menjulang Liga Perdana Inggeris dengan rekod tanpa kalah semusim di samping turut menjulang dua kejuaraan Liga Perdana (2001/02,2003/04) dan tiga kejuaraan Piala FA (2002,2003,2005). Ashley Cole turut menyumbang 9 dalam 228 penampilan bersama Arsenal sejak memulakan debutnya pada 30 November 1999.

Pemain bek kiri ini merupakan produk akademi bola sepak Arsenal yang terkenal dengan kemahiran bertahan yang mantap serta kepantasan dalam menjana bahagian serangan. Setelah mengilap bakat selama 8 tahun bersama The Gunners dan menjulang beberapa kejuaraan sebelum meninggalkan Arsenal pada 31 Ogos 2006 apabila menerima tawaran lumayan dari Chelsea.

10-STEVE BOULD (ENGLAND)

Steve Bould memulakan karier awalnya bersama Stoke City sebelum menyertai Arsenal 13 Jun 1988 dengan yuran perpindahan bernilai £390,000 ketika berusia 26 tahun. Kehadiran Bould berjaya membentuk gandingan mantap back four bersama Tony Adams, Nigel Winterburn dan Lee Dixon yang menjadi igauan buat pasukan lawan.

Bould menjadi tunjang di bahagian pertahanan tengah dalam mengekang setiap asakan lawan bersama-sama kapten lagenda Arsenal, Tony Adams. Pertahanan tengah ini turut menjulang pelbagai kejuaraan bersama Arsenal dari 1988 hingga 1999 termasuk tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (1988/89,1990/91,1997/98), dua Piala FA (1993,1998) dan satu Piala Liga (1993) serta satu Piala Eropah UEFA (1994).

Dikemaskini pada 24 Mac 2012

Incoming search terms:

  • pertahanan terbaik dunia
  • ashley cole pertahanan terbaik
This entry was posted in Informasi and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply