[EPL-26] ARSENAL KECEWAKAN SPURS DI EMIRATES

Arsenal bangkit dari ketinggalan 2-0 sebelum membenam musuh setempat, Tottenham Hotspurs 5-2 di laman sendiri. Kekalahan besar kepada AC Milan dan kekecewaan tersingkir dari saingan Piala FA tampak kian dilupakan oleh anak buah Arsene Wenger yang berjaya menampilkan aksi sebenar untuk mengharungi baki saingan musim 2011/12.

Arsene Wenger kembali mendapat khidmat pemain pertahanan tengah, Laurent Koscielny yang pulih dari kecederaan untuk bergandingan bersama Vermaelen, Sagna dan Gibbs di posisi pertahanan. Manakala Alex Song, Arteta dan Rosicky mengemudi bahagi tengah sementara jentera serangan diterajui oleh Robin van Persie dibantu oleh Walcott dan Benayoun.

Namun Tootenham Hotspurs menguasai permainan dan berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi Louis Saha seawall minit ke-4 apabila sepakan membias kaki Vermaelen dan terus melantun masuk ke gawang Arsenal. Rosicky hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-22 namun tandukannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Spurs, Brad Friedel. Skuad bimbingan Harry Redknapp berjaya mengandakan jaringan apabila Adebayor menyempurnakan sepakan penalti setelah Gareth Bale dijatuhkan oleh Szczesny dalam kotak penalti pada minit ke-33.

The Gunners terus mengandakan asakan dan berjaya memperoleh gol pertama apabila Sagna menanduk masuk hantaran lintang Arteta pada minit ke-40. Dua minit berselang giliran Robin van Persie pula menemui sentuhan jaringan menerusi sepakan padu kaki kiri dari jarak 20 ela.

Perlawanan kian rancak sebaik separuh masa kedua dimulakan. Benayoun hampir menjaringkan gol untuk Arsenal namun Friedel sekali cemerlang menepis percubaannya. Gawang Spurs bolos juga pada minit ke-51 apabila Rosicky berjaya menolak masuk hantaran lintang Sagna dari sebelah kanan.

Theo Walcott meletakan Arsenal selesa dihadapan apabila bijak menyempurnakan lorongan Robin van Persie pada minit ke-64. Walcott terus merobek gawang Spurs apabila berjaya melepasi perangkap offside sebelum meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-68.

Spurs terus dirundung malang apabila pemain tengahnya, Scott Parker dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-86 setelah mengasari Vermaelen dan kedudukan 5-2 kekal hingga tamat perlawanan. Kemenangan Arsenal berjaya merapatkan jurang mata dengan Spurs yang berada di posisi ketiga liga kepada 7 mata sekaligus menebus kekalahanan 1-2 di awal musim yang lalu.

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply