[UCL] AC MILAN MENANTI KUNJUNGAN ARSENAL

Pertembungan buku bertemu ruas di San Siro awal pagi nanti bakal memperlihat kualiti permainan dan kemahiran yang tinggi dipamerkan oleh barisan pemain-pemain kedua-dua pasukan namun AC Milan tampil lebih bergaya selaku juara Eropah 5 kali manakala Arsenal pula sekadar muncul naib juara pada tahun 2006. Berdasarkan rekod pertemuan nyata lebih memihak kepada Arsenal yang berjaya menyingkirkan AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2008-09.

Arsenal bakal turun tanpa Per Mertesacker yang mengalami kecederaan buku lali ketika The Gunners menewaskan Sunderland 2-1 hujung minggu lalu. Kieran Gibbs sudah pulih sepenuhnya dan dijangka bakal diturunkan selaku bek kiri dengan Vermaelen pula kembali ke posisi asal selaku pertahanan tengah bergandingan bersama Koscielny manakala Sagna pula beraksi di posisi bek kiri.

Aaron Ramsey sekali akan direhatkan dan akan membuka ruang untuk Rosicky diturunkan dibahagian tengah bersama Alex Song dan Arteta. Robin van Persie pula akan turun selaku penyerang tunggal dengan dibantu oleh Oxlade-Chamberlain dan Walcott dibahagian sayap kiri dan kanan.

Di kem AC Milan pula, Alessandro Nesta dan Alaxandre Pato pula yang baru sahaja menjalani latihan penuh selepas berehat akibat kecederaan dijangkan tidak akan diturunkan. Namun Kevin-Prince Boateng yang cergas sepenuhnya dijangkan akan diturunkan bergandingan dengan Zlatan Ibrahimovic dan Robinho di bahagian serangan.

Pengurus Milan dijangka menggunakan formasi 4-3-1-2 dengan van Bommel, Clarence Seedorf dan Massimo Ambrosini akan mengemudi barisan tengah sementara pemain pinjaman dari Liverpool, Alberto Aquilani akan terlepas perlawanan ini kerana masih belum pulih dari kecederaan. Begitu juga dengan Antonio Cassano yang berehat panjang setelah menjalani pembedahan hati pada November 2011.

Perlawanan pagi ini akan memperlihatkan penguasaan dibahagian tengan padang kerana kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang seimbang di bahagian tengah. Namun aspek kepantasan dan penyudah tepat akan menjadi kunci utama bagi kedua-dua pasukan untuk mendapatkan gol.

Namun, kehadiran dua orang pemain yang tidak berada dalam kesebelasan utama namun akan memberi impak yang besar jika diturunkan sebagai super-sub ialah penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry dan dan penyerang muda AC Milan yang sedang meningkat naik, Stephan El Shaarawy.

Barisan kemungkinan :

Szczesny

Sagna-Koscielny-Vermaelen-Gibbs

Alex Song-Rosicky-Arteta

Walcott-van Persie-Chamberlain

Ramalan : AC Milan (1) vs Arsenal (2)

Pengadil : Viktor Kassai (Hungary)

FAKTA MENARIK

  • Dalam 8 pertemuan kalah-mati dan satu perlawanan akhir (Piala Super Eropah), tiada kelab Itali yang berjaya menyingkirkan Arsenal.
  • Arsenal merupakan pasukan pertama yang menewaskan AC Milan di San Siro dengan jaringan 2-0 oleh Cesc Fabregas dan Adebayor dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah empat tahun lalu.
  • Robin van Persie telah menjaringkan 7 gol dalam 6 perlawanan terakhir manakala penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry telah menjaringkan 3 gola dalam 6 penampilan sejak menyertai Arsenal selaku pemain pinjaman.
  • Penyerang AC Milan telah melakukan 10 percubaan tepat sepanjang kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini manakala penyerang prolific Arsenal, Robin van Persie pula melakukan 9 percubaan tepat.
  • Arsenal merupakan pasukan yang memiliki percubaan yang paling tepat dengan 66.66% musim ini.
  • Pemain tengah AC Milan, Antonio Nocerino telah melakukan 19 foul merupakan yang ketiga terbanyak manakala pemain tengah Arsenal, Alex Song merupakan pemain yang paling banyak melakukan tackle dengan 33 tackle dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply