[UCL] AC MILAN MEMBENAM ARSENAL DI SAN SIRO

Skuad bimbingan Massimiliano Allegri membuktikan reputasi selaku pendahulu Seria A dan juara 5 kali kejohanan bola sepak Eropah mudah membenam cabaran Arsenal 4-0 pada perlawanan perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah di San Siro kelmarin. Arsenal jejas beraksi di bawah prestasi sebenar gagal untuk menyaingi penguasaan Milan di mana ini merupakan kekalahan terburuk skuad bimbingan Arsene Wenger dalam kejohanan Eropah.

AC Milan mengasak kubu Arsenal sebaik sepak mula menerusi gandingan Ibrahimovic dan Robinho dibantu oleh Prince-Boateng. Taktikal Wenger yang menurunkan Ramsey selaku playmaker dan mengantikan Chamberlain dengan Rosicky di bahagian sayap kiri menjejaskan rentak permainan Arsenal. Percaturan Wenger yang menurunkan Gibbs buat pertama kali setelah berehat hampir 4 bulan gagal untuk menyaingi kepantasan jentera serangan Milan manakala Sagna juga masih tercari-cari rentak sebenar.

Alex Song juga gagal mempamerkan prestasi sebenar sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini untuk menakluk bahagian tengah padang sebaliknya gandingan van Bommel dan Nocerino tenang mengemudi bahagian tengah. Skuad ‘Rossoneri’ berjaya meperoleh gol pertama menerusi satu sepakan volley cantik dari Prince-Boateng pada minit ke-15. Milan terus mengasak gawang Arsenal dan berjaya memperoleh gol kedua menerusi Robinho yang menanduk masuk hantaran Ibrahimovic dari sebelah kanan pada minit ke-38. Arsenal kian dirundung malang apabila Koscielny terpaksa dikeluarkan pada minit ke-44 ekoran kecederaan dan digantikan dengan Djourou.

Sekembalinya dari rehat, Wenger memasukkan Henry bagi mengantikan Theo Walcott yang jelas gagal berfungsi pada separuh masa pertama. Kemasukan Henry memberikan sedikit sengat buat Arsenal yang mula mengasak kubu Milan namun Christian Abiati berjaya menafikan setiap percubaan Arsenal yang diterajui oleh Robin van Persie. Namun Robinho sekali lagi mencatat nama selaku penjaring apabila berjaya melepasi kawalan 2 pertahanan Arsenal dan melepaskan satu sepakan padu tepat ke pepenjuru kanan Szczesny. Ibrahimovic melengkapkan malam gemilang Milan apabila menyempurnakan sepakan penalti setelah dia dijatuhkan oleh Djourou pada minit ke-78.

Seperti diramal, ketajaman penyudah dan kepantasan jelas menjadi faktor jaringan gol terhasil. Meskipun penguasaan bola hampir seimbang namun Arsenal gagal menyaingi kehebatan Milan meskipun turun tanpa beberapa nama besar seperti Pato, Aquillani, De Rossi dan Seedoff (dikeluarkan pada mini ke-10 akibat kecederaan). Milan mempamerkan kematangan dengan mudah mematahkan setiap pergerakan Arsenal manakala Arsenal kehilangan kreativiti dalam menjana serangan ke kubu lawan. Kehadiran Henry pada perlawanan terakhirnya gagal menghadiah memori indah sebelum kembali ke pangkuan New York Red Bulls.

Kekalahan 4-0 ini memberi bayangan yang pintu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah semakin tertutup dan Arsene Wenger turut mengakui yang anak buahnya gagal memberi saingan kepada Milan. Namun sejarah telah membuktikan Arsenal berjaya bangkit ketika saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2003-04 apabila tewas 0-3 di Highburry sebelum bangkit menewaskan Inter Milan 5-1 di San Siro.

Arsenal juga seharusnya mencontohi semangat Deportivo La Coruna pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2004 yang berjaya mempamerkan kebangkitan setelah tewas 4-1 di San Siro sebelum menang 4-0 di laman sendiri dan berjaya menyingkirkan AC Milan dengan agregat 5-4. Masih ada 90 minit lagi untuk menentukan kemaraan Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Come On Your Gunners!!!

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply