[INFO] 10 DETIK TERBAIK THIERRY HENRY BERSAMA ARSENAL

Thierry Henry merupakan antara salah seorang penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh Arsenal. Pemain kelahiran Perancis ini turut memegang rekod selaku penjaring terbanyak untuk Arsenal sepanjang zaman dengan mencatat 228 gol termasuk 2 gol dalam 7 penampilan sepanjang tempoh pinjaman dari 6 Januari hingga 17 Februari lalu dari kelab MLS, New York Red Bulls.

Meskipun kepulangan sang lagenda ini ke Emirates hanya untuk seketika namun impak jelas terpahat di hati pemain-pemain dan juga peminat-peminat Arsenal. Thierry Henry sememangnya adalah seorang penyerang yang luar biasa memiliki bakat yang unik serta corak permainan menghiburkan pada kelas yang tersendiri. Di sini Arsenal4u.com menyenaraikan 10 detik terbaik sepanjang karier Henry bersama Arsenal.

3 OGOS 1999 – THIERRY HENRY MENYERTAI ARSENAL

PERMULAAN l Henry menyertai Arsenal selepas mengharungi musim suram bersama Juvetus dengan yuran perpindahan bernilai £11 juta.

18 SEPTEMBER 1999 – JARINGAN SULUNG DI SOUTHAMPTON

SULUNG l Penyerang Perancis ini menamatkan penantian peminat selepas meledak gol pertama peribadinya bersama Arsenal selepas 9 perlawanan.

25 NOVEMBER 2003 – HENRY MELEDAK DUA DARI LIMA GOL DI SAN SIRO

INSPIRASI l Henry menjaringkan dua gol menjadi pembakar semangat kemenangan 5-1 ke atas Inter Milan di San Siro.

9 APRIL 2004 – JARINGAN HATRIK KE ATAS LIVERPOOL

WIRA l Thierry Henry membantu Arsenal bangkit dari ketinggalan dua kali kepada Liverpool dengan meledak hatrik.

15 MEI 2004 – KEJAYAAN MENJULANG KEJUARAAN LIGA TANPA KALAH

THE INVINCIBLES l Skuad Arsenal menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan rekod tanpa kalah sepanjang musim di bawah kendalian Arsene Wenger.

18 OKTOBER 2005 – REKOD IAN WRIGHT DILEBURKAN

HEBAT l Henry menjaringkan gol ke-186 di Prague sekalgus mengatasi rekod milik Ian Wright untuk muncul penjaring terbanyak Arsenal sepanjang zaman.

1 FEBRUARI 2006 – HENRY MENGATASI REKOD CLIFF BASTIN

UNGGUL l Henry berjaya mengatasi catatan 150 gol Cliff Bastin untuk Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.

7 MEI 2006 – HATRIK PERPISAHAN DARI STADIUM HIGHBURY

SELAMAT TINGGAL l Henry menjaringkan hatrik dalam perlawanan terakhir di Stadium Highbury yang menjadi kubu Arsenal selama 93 tahun.

9 DISEMBER 2011 – TUGU HENRY DIUMUMKAN DI STADIUM EMIRATES

TERHARU l Henry sebak dan menitiskan air mata semasa memberi ucapan dalam majlis pengumuman tugunya di Emirates sempena sambutan ulang tahun Arsenal ke-125.

9 JANUARY 2012 – GOL KEMENANGAN DALAM DEBUT KE-2 BERSAMA ARSENAL

KEMBALI l Meskipun hadir selaku pemain simpanan, Henry cuma memerlukan 7 minit meledak gol kemenangan Arsenal ke atas Leeds United dalam saingan Piala FA.

Dikemaskini pada 28 Februari 2012

Incoming search terms:

  • zaman henry arsenal
This entry was posted in Informasi and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply