[PERSPEKTIF] SAYA BERSEDIA BERMAIN DI MANA-MANA POSISI – COQUELIN

Francis Coquelin, pemain muda Arsenal yang berbakat ini telah memanfaatkan peluang berada dalam skuad utama untuk bermain semaksimum mungkin di pelbagai posisi. Pemain Perancis berusia 20 tahun ini telah menyertai Arsenal sejak empat tahun lalu dan telah memainkan peranan utama dalam membantu skuad remaja Arsenal menjulang kejuaraan pada tahun 2009.

Posisi asal Coquelin ialah pemain tengah bertahan tetapi dia telah memulakan debutnya dalam skuad utama selaku bek kanan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sagna dan Jekinson yang tercedera. Coquelin juga pernah bermain di posisi  bek kiri ekoran kecederaan yang menimpa Gibbs, Santos serta Vermaaelen pada musim ini namun dia sendiri menegaskan bahawa dia gembira bermain di mana-mana posisi sekalipun.

“Saya ingin bermain sebanyak mungkin,” katanya. “Ketika ini saya bermain selaku bek kanan walaupun kebiasaannya saya bermain selaku pemain tengah tetapi ia bukan masalah bagi saya dan saya akan melakukan segalanya untuk berada dalam skuad utama.”

“Ia merupakan suatu permulaan yang baik apabila saya mula bermain dalam skuad utama. Saya telah bermain menentang Manchester United pada penghujung Ogos tahun lalu. Sejak itu, saya cuba untuk berada lebih lama di dalam skuad utama tanpa mengira mana-mana posisi.”

Coquelin tiba di Emirates setahun selepas pemergian Thierry Henry ke Barcelona dan dia sangat teruja untuk bermain bersama-sama bekas penyerang Perancis yang berusia 34 tahun yang kembali ke Arsenal Januari lalu selaku pemain pinjaman.

“Kehadiran Henry memberi pengalaman yang berguna kepada kami,” kata Coquelin.

“Dia telah melakukan sesuatu yang hebat bersama Arsenal dan Perancis suatu ketika dahulu. Dia tidak perlu bermain untuk memberi sesuatu kepada pasukan namun dia banyak bercakap semasa di bilik persalinan berkongsi pengalaman di mana dapat membantu meningkatkan pasukan,” tambah Coquelin lagi.

 Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply