[PERSPEKTIF] PETIT MAHU ARSENAL BERUBAH

Bekas pemain tengah Arsenal, Emmanuel Petit telah memberi amaran yang Arsenal perlu melepaskan beberapa pemain bintang. Pemenang Piala Dunia 1998 mengakui yang dia bimbang akan masa hadapan Gunners selepas tamat perlawanan Liga Juara-Juara Eropah kelmarin. Petit telah membentuk gandingan mantap di bahagian tengah Arsenal bersama Patrick Viera selama tiga tahun dari 1997 hingga 2000 telah menyatakan yang Andrey Arshavin, Tomas Rosicky dan Theo Walcott tidak cukup bagus.

“Saya telah bertanya apa yang telah jadi dengan pasukan kesayangan saya. Ia lebih teruk dari apa yang saya jangkakan sejak pemergian (Cesc) Fabregas (ke Barcelona) dan (Samir) Nasri (ke Manchester City),” Petit telah memberitahu sofoot.com.

“Apa yang membimbangkan ialah kelab ini tidak mahu memperbaikinya kelemahan semasa jendela perpindahan pemain.”

“Mereka tidak mahu berbelanja dengan keterlaluan dalam musim perpindahan tetapi selama dua musim tahap permainan Arsenal semakin merosot.”

Pasukan Gunners kalah 4-0 di San Siro dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara dan Wenger telah mengatakan yang prestasi mereka amat ‘menyeramkan’.

Petit telah menambah : “Masalahnya adalah kelab ini tidak mempunyai kekuatan fizikal tetapi tetap mampu menjadi kelab dengan permainan yang paling menarik di belakang Barcelona dengan usaha Fabregas.”

“Kini bahagian midfield mereka sering diperbaiki, mereka bernasib baik yang (Robin) van Persie bermain di hadapan.”

“Ada beberapa pemain muda yang belum membalas keyakinan Arsenal dalam mereka. Walcott perlu meningkatkan permainannya. Dia telah berada di sini untuk beberapa tahun tahun.”

“Arsenal tidak boleh menanggung pengakhiran beberapa pemain walaupun usia mereka.”

“Arsenal perlu memberi mesej yang kuat. Arsenal harus menyatakan kepada Arshavin, dan Rosicky : ‘Terima kasih dan selamat tinggal.”

Petit juga mempersoalkan jika ia adalah pilihan baik untuk menandatangani pemain Lille Eden Hazarad dan menyatakan yang kelab ini memerlukan pemain yang berpengalaman.

“Saya minat pemain itu tetapi apakah pencapaiannya di tahap yang tinggi?” Petit bertanya. “Adakah dia telah bermain dengan baik di Liga Juara-Juara? Kami belum melihatnya. Adakah dia telah bermain dengan baik untuk Belgium? Ada kalanya dia bermain sebagai pemain gantian.”

“Apa yang diperlukan adalah lima atau enam pemain yang handal dan mempunyai pengalaman. Pemain yang berusia dari 27 hingga 30 tahun.”

“Pemain yang mempunyai kualiti teknikal dan sifat yang kuat. Sekumpulan pemain yang enggan menerima kekalahan, yang mempengaruhi keyakinan dalam pemain yang lain.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply