[PERSPEKTIF] LAURENT KOSCIELNY DIPILIH SEBAGAI PEMAIN BULANAN EA SPORTS

Laurent Koscielny telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulanan EA SPORT berdasarkan prestasi cemerlangnya sepanjang bulan Januari dimana dia menerima 31.4% undi menewaskan kapten Arsenal, Robin van Persie di tempat kedua dengan 27.8% undi manakala pemain muda sensasi Arsenal, Oxlade-Chamberlain berada di tempat ketiga dengan undian sebanyak 27.5%.

Ini merupakan anugerah kelab yang pertama buat Koscielny hasil daripada undian yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Arsenal menerusi laman web rasmi arsenal.com. Koscielny telah menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika Arsenal tewas kepada Fulham di Craven Cottage awal Januari lalu. Dia seterusnya menampilkan aksi yang cemerlang membantu Arsenal menewaskan Leeds United 1-0 di pusingan ketiga Piala FA.

Pemain pertahanan Perancis ini juga turut serta ketika perlawanan menentang Man United dan menampilkan aksi yang terpuji ketika membantu Arsenal menyingkirkan Aston Villa 3-2 di pusingan keempat Piala FA apabila menghadiah sepakan penalti yang disempurnakan oleh Robin van Persie untuk gol kemenengan Arsenal.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply