[PERSPEKTIF] KECEDERAAN MEMBERI SAYA PERSPEKTIF BERBEZA – SAGNA

Bacary Sagna percaya dia akan menjadi pemain yang lebih baik selepas berehat panjang kerana kecederaan. Ini kerana dia dapat menonton sambil mempelajari begitu banyak mengenai permainan semasa duduk ditempat duduk pemain. Bek kanan Arsenal itu telah mengalami patah kaki semasa perlawanan menentang Tottenham Oktober tahun lalu dan telah melakukan kemunculan semua sebagai pemain gantian semasa Arsenal menewaskan  Aston Villa hujung minggu lalu sebelum dapat bermain selama 90 minit semasa menentang Bolton Rabu lalu.

Sagna turut mengakui dia melalui detik-detik sukar apabila terpaksa berehat hampir 4 bulan namun pemain berusia 28 tahun itu cuba menjadikan pengalaman buruk itu sesuatu yang positif dengan cuba belajar membaca perlawanan.

“Saya telah menyaksikan permainan dengan banyak, Arsenal dan lain-lain. Dan apabila anda berdiri dengan orang ramai, ia suasana yang benar-benar berbeza,” kata Sagna.

“Anda boleh melihat kawasan lapang dimana anda tidak boleh melihatnya ketika berada di atas padang kerana sudutnya berbeza. Apa kelihatan semasa menonton perlawanan nampak mudah tetapi perlawanan selalunya sukar di atas padang dan saya sedar mengapa penyokong berasa gelisah apabila anda melakukan perkara tertentu kerana itu kini saya lebih memahami. “

“Saya sentiasa melihat pemain bek kanan lain, apa yang baik mereka lakukan dan apa yang tidak baik mereka lakukan, jadi saya berharap saya boleh belajar sesuatu yang baru untuk permainan saya. “

“Saya masih teruja tentang semuanya dan datang ke Emirates (semasa saya cedera),” kata Sagna.”

“Saya menyokong pasukan ini dengan sepenuh hati dan saya masih ingat ketika perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge, ia sesuatu yang hebat dan saya ingin meraikan bersama rakan-raka sepasukan di tengah padang.”

“Ia merupakan satu tempoh yang panjang dan saya telah melalui banyak perkara. Pertama sekali anda perlu menerima kecederaan itu dan selepas itu bekerja keras untuk kembali. Saya telah melakukannya dan saya sangat gembira kembali ke dalam pasukan.”

“Penerimaan yang saya perolehi (semasa menentang Aston Villa) sangat menakjubkan. Saya tidak menyangka semua orang akan memberikan ‘standing ovation’ dimana ia telah memberi keyakinan serta-merta kepada saya. Selagi saya bermain bersama Arsenal, saya sangat gembira dan saya akan memberikan yang terbaik untuk pasukan ini.”

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply