[BULETIN] ARSENE WENGER SASARAN LES BLEUS

Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dikhabarkan akan menawarkan jawatan jurulatih skuad kebangsaan Perancis kepada Arsene Wenger sekiranya kontrak Laurent Blanc tidak disambung selepas Kejohanan EURO 2012. Menurut Journal du Dimanche, Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) Noel La Graet itu akan memberikan sedikit masa kepada Blanc sehingga Kejohanan EURO 2012 berakhir.

La Graet dilaporkan akan mempertimbang kedudukan Blanc namun masa depan bekas pertahanan Man United itu bergantung kepada kejayaan skuad Perancis dalam EURO 2012 yang akan berlangsung di Poland dan Ukraine bermula 8 Jun hingga 1 Julai ini. Selain itu, Blanc dikatakan memiliki barisan sokongan dibelakang tabir yang ramai dan mahal.

Manakala Wenger pula dikatakan bakal mencari jalan keluar ekoran kritikan dan tekanan yang diterima oleh peminat-peminat yang bosan dengan prestasi hambar Arsenal musim ini yang gagal bersaing dalam Liga Perdana Inggeris. Malah Arsenal bakal mengharungi 7 musim tanpa sebarang kejuaraan jika gagal memenangi sebarang trofi musim ini.

Arsene Wenger merupakan pengurus ‘The Gunners’ paling berjaya setakat ini yang berjaya melakukan transformasi Arsenal sejak 14 tahun lalu disamping menghadiahkan 2 Piala FA, 4 trofi Liga Perdana Inggeris  dan muncul naib johan Liga Juara-Juara Eropah 2006 serta menjadikan Arsenal antara pasukan yang dihormati di Eropah dengan corak pemainan yang menghiburkan.

Sebelum ini, Wenger telah beberapa kali ditawarkan untuk membimbing skuad ‘Les Bleus’ termasuk untuk mengantikan Raymond Domenech yang dipecat pada Jun 2010 namun beliau terus komited dengan tugasnya selaku pengendali Arsenal.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply