[PERSPEKTIF] 10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH ARSENAL DENGAN SEGERA

Minggu lalu Arsenal melalui tempoh yang mengecewakan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila dibelasah 0-4 oleh AC Milan di San Siro. Mimpi ngeri  Arsenal berterusan  apabila tersingkir dari saingan Piala FA Inggeris selepas tewas 0-2 kepada Sunderland sekaligus bakal melebarkan lagi kemarau kejuaraan untuk musim yang ke-7. Pelbagai persoalan bermain di benak penyokong-penyokong Arsenal ekoran kegagalan Arsenal untuk bersaing secara kompetatif musim ini. Di sini terdapat 10 perkara yang perlu dilakukan oleh Arsene Wenger untuk memperbaiki prestasi Arsenal bagi menghadapi baki perlawanan yang mendatang.

1-MELANTIK JURULATIH PERTAHANAN YANG BARU

Kekalahan Arsenal beberapa musim kebelakangan ini berpunca daripada kesilapan barisan pertahanan yang gagal mengawal permainan serta kelemahan komunikasi antara satu sama lain.

Tidak dinafikan Arsenal memiliki pemain pertahanan yang baik seperti Bacary Sagna, Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny, dan Andre Santos di samping pemain muda berbakat seperti Kieran Gibbs dan Carl Jenkinson.

Lantaran itu, Arsenal sangat memerlukan jurulatih pertahanan lantaran bahagian pertahanan sering melakukan kesilapan terutama dalam perlawanan besar. Jurulatih ini bakal memainkan peranan penting dalam membentuk barisan pertahanan yang mantap. Antara calon terbaik untuk mengisi posisi ini ialah bekas lagenda Arsenal yang merupakan seorang pemain pertahanan kental, Tony Adams yang dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang banyak.

2-TIDAK MENGAMBIL RISIKO MENURUNKAN PEMAIN YANG TIDAK CERGAS

Apabila pemain muda versetail, Francis Coquelin terhincut-hincut selepas 10 minit bermain menentang Sunderland ekoran dihimpit masalah kecederaan hamstring yang berulang. Peminat-peminat Arsenal menyalahkan barisan fisioterapi Arsenal yang telah memberi lampu hijau bahawa pemain muda itu cergas dan boleh diturunkan.

Jika pemain yang tidak cukup cergas diturunkan terutama dalam perlawanan yang mencabar, risiko kecederaan berulang sangat tinggi selain kemungkinan ditimpa kecederaan yang lebih serius. Arsenal bakal berdepan krisis bahagian pertahanan  dalam pertemuan ‘Derby Utara London’ hujung minggu ini lantaran kehilangan beberapa pemain pertahanan.

3-OXLADE-CHAMBERLAIN DITURUNKAN SEBAGAI PEMAIN UTAMA

Pemain muda sensasi Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain merupakan antara pemain yang menyerlah beberapa kebelakangan ini meskipun dia telah menjaringkan gol sendiri ketika Arsenal tersingkir dalam saingan Piala FA hujung lalu.

Pemain berusia 18 tahun itu berjaya mencuri perhatian peminat-peminat apabila menampilkan aksi yang bertenaga menjana serangan Arsenal apabila mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gervinho yang beraksi bersama Ivory Coast dalam kejohanan Piala Afrika 2012.

Alex Oxlade-Chamberlain telah mempamerkan peningkatan yang lebih memberansangkan berbanding Theo Walcott dengan memiliki kemahiran mengelecek dan sentuhan penyudah yang baik meskipun baru sahaja melakukan kemunculan dalam skuad utama Arsenal. Lantaran itu, Oxlade-Chamberlain seharusnya diberi keutamaan dalam skuad utama berbanding Walcott, Ramsey atau Rosicky.

4-MELEPASKAN PEMAIN-PEMAIN TIDAK MENYERLAH

Arsenal memiliki beberapa pemain-pemain berusia yang disisihkan kerana gagal mempamerkan prestasi yang baik seperti Sebastien Squillaci, Andriy Arshavin, Manuel Almunia dan lain-lain. Sebagai contoh, Squillaci yang menyertai Arsenal sejak musim panas 2 tahun lalu tidak konsisten dan sering melakukan kesilapan mudah apabila diturunkan.  Pertahanan Perancis yang diharapkan dapat menggunakan pengalamannya yang luas namun gagal menampilkan aksi seperti yang diharapkan.

Arsenal seharusnya melepaskan mereka dan mendapatkan pemain-pemain yang berkualiti sebagai ‘back up’ yang lebih baik dan berkesan.  Ini juga dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kelab yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan meskipun pemain-pemain ini gagal memberikan impak kepada pasukan.

5-MELETAKKAN AARON RAMSEY SEBAGAI ‘HOLDING MIDFIELDER’

Aaron Ramsey mempamerkan prestasi yang memberansangkan meskipun kembali dari rehat yang panjang ekoran kecederaannya. Pemain muda berbakat besar ini gagal untuk menyerlah ekoran diletakkan sebagai pemain ‘attacking midfielder’ di hadapan Mikel Arteta dan Alex Song. Posisi ‘attacking midfielder’ tidak sesuai dengan Ramsey kerana dia lebih banyak mengawal bola dan membantu di bahagian pertahanan di mana Mikel Arteta seharusnya diletakkan diposisi itu sama seperti ketika berada di Everton.

Pertukaran posisi ini dilihat bakal memberi impak yang lebih berkesan di bahagian serangan dan pertahanan kerana penguasaan di bahagian tengah sangat penting dalam memastikan kelancaran corak pemainan. Ramsey dilihat lebih bebas bergerak di samping memiliki stamina yang sangat baik sekaligus mewujudkan gandingan yang mantap jika digandingkan bersama Alex Song.

6-MEMENANGI 3 PERLAWANAN MENDATANG

Arsenal bakal melalui minggu yang sukar selepas ini apabila berhadapan beberapa lawan sukar dalam saingan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur, Liverpool dan Newcastle United. Kemenangan dalam perlawanan menentang Spurs sangat penting sebagai kemenangan maruah ke atas jiran setempat selain dapat mengembalikan moral pemain untuk kekal fokus dalam megharungi baki saingan musim ini.

The Gunners perlu menewaskan tiga lawan ini bagi mengekalkan kedudukan di posisi ke-4 Liga Perdana Inggeris. Namun perebutan hebat antara Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Newcastle United kerana ingin merebut tiket kelayakan untuk saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.

7-MENEWASKAN AC MILAN DALAM LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Arsenal dijangka bakal tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah ekoran defisit gol yang besar. Namun, tidak mustahil jika Arsenal berjaya menewaskan AC Milan 4-0 di Emirates nanti sekaligus mengheret perlawanan sehingga masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.

Apa yang penting bagi Arsenal ialah untuk menewaskan pendahulu Seria A, AC Milan meskipun gagal layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah kerana  kemenangan ini sangat penting bagi mengekalkan momentum dan menaikkan moral pemain-pemain bagi terus bersaing dalam Liga Perdana Inggeris.

8-MELUPAKAN 2 KEKALAHAN KEPADA AC MILAN DAN SUNDERLAND

Arsenal tidak boleh terus memikirkan kekalahan terdahulu sebalik bangkit untuk fokus dalam mengharungi perlawanan mendatang. Tidak dapat dinafikan dua kekalahan dalam tempoh 4 hari itu meragut semangat dan moral pemain yang bakal menamatkan musim ketujuh tanpa sebarang kejuaraan. Arsenal dilihat memiliki peluang yang lebih cerah berbanding pesaing-pesaingnya untuk merebut kedudukan ke-4 Liga Perdana Inggeris musim ini.

9-MENYAMBUNG KONTRAK ROBIN VAN PERSIE

Peminat-peminat menanti penuh debaran mengenai status kontrak penyerang prolifik yang juga merupakan kapten Arsenal, Robin van Persie yang berbaki kurang 18 bulan lagi. Kehilangan Robin van Persie bakal memberi satu lagi tamparan buat skuad muda Arsenal yang baru meratapi pemergian bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas dan perancang tengah, Samir Nasri. Meskipun Arsenal masih memiliki ramai lagi pemain muda yang berbakat, namun kehadiran Robin van Persie sangat diperlukan untuk memimpin barisan muda Arsenal.

10-MEMBAWA MASUK BEBERAPA PEMAIN BERSTATUS BINTANG

Arsene Wenger perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membawa masuk beberapa pemain bintang seperti Eden Hazard, Lukas Podolski, Marko Marin, Martin Marvin, Yann M’Villa dan sebagainya. Kemasukan pemain-pemain ini dapat memberi kenyakinan buat Robin van Persie untuk menyambung kontrak bersama Arsenal.

Kebanyakan pemain-pemain bintang agak mahal seperti Juan Mata yang ditandatangani oleh Chelsea dengan nilai £25 juta bintang manakala Man United mendapatkan penjaga gol muda Sepanyol, David de Gea dengan nilai £18 juta. Namun, terdapat pemain bintang yang bagus tetapi tidak memerlukan bayaran yang besar seperti Spurs yang berjaya mendapatkan Rafael van Der Vart dengan nilai £8 juta manakala Liverpool pula menandatngani Jose Enrique dengan nilai £5 juta. Dan Arsenal Wenger sememangnya terkenal dengan polisi yang bijak membeli pemain tidak ternama menjadi pemain-pemain berstatus bintang.

Sumber : www.bleacherreport.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply