[PERPINDAHAN] SELAMAT DATANG THOMAS EISFELD

Harapan peminat-peminat Arsenal untuk melihat nama-nama besar seperti Eden Hazard, Mario Gotze, Lukas Podolski dan lain-lain tiba di Emirates berkecai apabila Arsenal cuma berjaya menandatangani pemain muda Jerman, Thomas Eisfeld berusia 19 tahun dari Borussia Dortmund merupakan seorang pemain tengah menyerang.

Eisfeld telah berjaya menyakinkan skuad peninjau Arsenal apabila menampilkan aksi yang mengagumkan bersama skuad B-19 Borussia Dortmund dengan menjaringkan 6 gol dan menghasilkan 6 assist daripada hanya 12 perlawanan sahaja. Arsenal yang bersetuju dengan pampasan bernilai £600,000 pound untuk mendapatkan khidmat Eisfeld yang akan tamat kontraknya pada penghujung musim ini. Pengurus Arsenal itu menyatakan bahawa dia akan memberikan Eisfeld masa untuk membiasakan dirinya di Arsenal sebelum diserapkan ke dalam skuad utama.

Bekas kapten skuad Jerman B-15 merupakan pemain ketiga yang dibawa Wenger dari Borussia Dortmund selepas Jens Lehmann dan Tomas Rosicky. Namun Thomas Eisfeld terpaksa menjalani pemeriksaan kesihatan yang ketat memandangkan ligamen lututnya pernah koyak pada 2009.

“Saya berasa amat bangga telah ditandatangani oleh Arsenal. Ini adalah kelab yang hebat, dengan ramai pemain yang hebat, dan saya amat gembira untuk menyertai Arsenal,” kata Eisfeld sebaik sahaja menandatngani kontrak bersama Arsenal.

“Ia merupakan satu penghormatan yang besar untuk menjadi rakan sepasukan bersama pemain-pemain hebat di Arsenal dan juga dapat berlatih setiap hari bersama Tomas Rosicky dimana saya menonton permainannya di Dortmund sejak kecil lagi. Saya akan memberikan segalanya yang saya ada di sini dan melakukan yang terbaik untuk pengurus, rakan sepasukan dan peminat.”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Borussia Dortmund di mana tempat saya bermain selama tujuh tahun dan mereka telah melakukan segalanya yang terbaik untuk saya. Saya melalui masa-masa yang hebat di sana dan terdapat ramai jurulatih hebat di sana yang banyak membantu saya mencapai apa yang saya kecapi kini,” kata Eisfeld lagi.

Arsène Wenger turut mengulas mengenai pembelian Eisfeld, “Thomas merupakan seorang pemain yang kami suka selama ini. Kami telah memantaunya secara lebih dekat musim ini dimana beliau sangat cemerlang bersama pasukan remaja Dortmund.”

“Dia masih muda tetapi telah membuktikan kepada kami bahawa beliau boleh main, dimana dia mempunyai sikap dan keupayaan teknikal yang berguna untuk skuad kami. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan beliau kepada kelab dan menantikan sumbangan beliau untuk musim yang mendatang.”

Wenger turut menambah, “Beliau adalah seorang prospek yang muda dengan bakat bola sepak yang bagus. Beliau mempunyai kualiti yang baik yang boleh membolehkan beliau untuk menyesuaikan diri ke dalam kualiti pasukan kami. Pada mulanya, kami merancang untuk mendapatkan dia pada akhir musim ini tetapi kami berjaya mendapat lebih awal kerana dia berada di penghujung kontrak. Kami akan menggunakan tempoh ini untuk penyesuaian.”

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply