[PERPINDAHAN] ARSHAVIN MENYERTAI ZENIT ST. PETERSBURG SECARA PINJAMAN

Andrey Arshavin telah menyertai juara Liga Perdana Russia, Zenit St. Petersburg secara pinjaman untuk baki musim 2011/12. Kapten skuad kebangsaan Russia itu merupakan pemain termahal Arsenal apabila menyertai Arsenal pada Februari 2009 dengan nilai perpindahan dianggarkan bernilai £16.8 juta dari Zenit St. Peterburg.

Pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan 30 dalam 133 penampilan bersama ‘The Gunners’. Namun detik paling diingat pastinya tatkala  Andrey Arshavin menjaringkan 4 gol semasa debutnya ketika menentang Liverpool di Anfield dan gol kemenangan ketika Arsenal menewaskan Barcelona 2-1 di Emirates dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Arshavin mengambil keputusan untuk pulang ke bandar kelahiran dan kelab lamanya yang dibimbing oleh Luciano Spalletti untuk meningkatkan prestasinya bagi mencerahkan peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan Russia dalam Kejohanan EURO 2012 Jun nanti.

Buat Andrey Arshavin, Selamat Maju Jaya.  =)

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply